
Laporan/foto: Noor suraya Binti Zainal (Daerah Timur Laut)
BAYAN BARU, 28 Jul (Malaysiaaktif) – Program LRT Hunt 2019 telah di realisasikan bertempat di Giant, Bayan Baru, Pulau Pinang. Program ini telah membuktikan kerajaan negeri sedang berusaha untuk ke arah memenuhi semua keperluan dalam membina sebuah bandar yang bertenaga seiring dengan wawasan pembanggunan Penang2030.
Penang2030 dengan tema “Negeri berorientasi kekeluargaan, hijau dan pintar untuk inspirasi Negara” adalah merupakan visi utama kerajaan negeri. Ini menunjukkan keikhlasan dan kesungguhan kerajaan negeri dalam memastikan projek ini difahami oleh semua golongan masyarakat dan diharapkan meraih sokongan rakyat Pulau Pinang.
Program ini telah diadakan bermula dengan acara berbasikal di mana, peserta muka berbasikal dari Komtar dan berakhir di Giant, Bayan Baru yang meliputi jarak sejauh 14 km. Perjalanan ini juga turut melalui beberapa laluan cadangan untuk pembinaan LRT.
Majlis ini juga telah disempurnakan oleh YAB Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang. Kata beliau, “Saya besyukur dengan sokongan yang diterima di kalangan rakyat Pulau Pinang yang telah menunjukkan sokongan yang padu dan memahami perubahan serta pembangunan yang telah dirancang untuk kebaikan kita bersama.”
Beliau turut mengucapkan terima kasih dan syabas kepada penganjur dan penaja yang telah berjaya mengadakan dan mengurus program ini dengan baik.
-II-