Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Rukun Negara Titik Permulaan Masyarakat Harmoni dan Saling Memahami

By 28 Julai 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Edi Rizam (Putrajaya)

IPOH, 28 Jul (Malaysiaaktif)– Pemupukan perpaduan Nasional dan kesepaduan sosial bukan terletak pada institusi pendidikan sahaja terutamanya dalam menyatukan generasi muda dan menerapkan prinsip Rukun Negara.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata Penganjuran Pertandingan Sketsa Rukun Negara anjuran Jabatan Penerangan hari ini adalah merupakan satu titik permulaan yang patut diberi pujian; bak kata pepatah Melayu “melentur buluh biarlah daripada rebungnya”.

Hasnul Zulkarnain Abd Munaim, mewakili Menteri Besar Perak ketika meyampaikan ucapan perasmian

Hasnul Zulkarnain Abd Munaim, mewakili Menteri Besar Perak ketika meyampaikan ucapan perasmian

“Rukun Negara yang diwujudkan pada tahun 1970 bertujuan mencapai satu pegangan dan pengertian terhadap aspirasi nasional antara pelbagai kaum di Malaysia tanpa mengira asal usul keturunan masing-masing.

“ia adalah satu falsafah dan ideologi negara yang menjadi dasar keserasian, perpaduan bangsa serta pedoman kepada kehidupan seseorang masyarakat pelbagai kaum dan budaya di negara ini.

“Lima prinsip Rukun Negara itu perlu diajar bagi menyemai semangat patriotik dalam kalangan rakyat seawal usia di bangku sekolah lagi, Ia wajib difahami, diterima dan diamalkan oleh semua lapisan masyarakat.”

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO negeri Perak Hasnul Zulkarnain Abd Munaim dalam perasmian Pertandingan Sketsa Rukun Negara Peringkat Kebangsaan berlangsung di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia, di sini hari ini.

Lebih 1000 orang pelajar sekitar Negeri Perak Hadir menyaksikan pertandingan tersebut

Lebih 1000 orang pelajar sekitar Negeri Perak Hadir menyaksikan pertandingan tersebut

Tambah Ahmad Faizal lagi, Prinsip Rukun Negara yang dirangka sebegitu rupa adalah supaya ia mudah tersemat di sanubari setiap rakyat kita bagi membentuk sebuah masyarakat yang harmoni dan saling memahami antara satu kaum dengan kaum yang lain.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Suriani Ahmad dalam ucapannya berkata Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia Melalui Jabatan Penerangan (JaPen) bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti pemasara maklumat kenegaraan.

“KKMM sentiasa komited dalam mewujudkan lebih banyak rakan strategik yang akan menjadi ajen pemasaran dasar-dasar Kerajaan.

Datuk Suriani Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Datuk Suriani Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia

“Pertandingan Sketsa Rukun Negara hari ini juga merupakan satu program yang dilaksanakan untuk menyemarakkan Sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini.” Tambah beliau.

Pertandingan Sketsa Rukun Negara  merupakan perkongsian pintar antara Jabatan Penerangan Malaysia dengan Kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia melalui penubuhan Kelab Malaysiaku di sekolah menegah di seluruh Negara.

Johan Pertandingan di sandang oleh Peserta Negeri Melaka membawa sketsa bertajuk Mihubah

Johan Pertandingan disandang oleh Peserta Negeri Melaka membawa sketsa bertajuk Muhibah

Sebanyak 13 sekolah mewakili Negeri masing-masing termasuk dua sekolah daripada Wilayah persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan bersaing pada pertandigan kali ini yang telah bermula pusingan saringan semalam dan pusingan akhir berlangsung hari ini menyaksikan wakil daripada negeri Melaka Sekolah Menengah Durian Tunggal menjadi Johan  membawa pulang wang tunai RM 5000, piala iringan serta sijil.

Tinggalkan komen anda