Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

SMK Gombak Setia Juara Teater Daerah Gombak

By 17 Julai 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan / Foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 17 Jul (Malaysiaaktif) – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gombak Setia dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan Semarak Teater Daerah Gombak anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Gombak bersama Pejabat Penerangan Daerah Gombak.

SMK Gombak Setia mengalahkan empat pesaingnya dengan mementaskan teater bertajuk Aku Bukan Sumayyah seterusnya mewakili daerah ini ke peringkat negeri Selangor.

Teater Si Tanggang persembahan SMK Sungai Pusu memenangi tempat kedua manakala tempat ketiga dimenangi SMK Taman Keramat dengan tajuk teater Natrah. Semua pemenang membawa pulang plak iringan serta sijil penyertaan.

Hadiah disampaikan Pengetua SMK Sungai Pusu, Mohd Amin Abdul Rahman yang mewakili Pegawai Pendidikan Daerah Gombak dalam majlis yang diadakan di Dewan Mutiara SEBESTARI SMK Sungai Pusu di sini, hari ini.

Sementara itu, penyelaras program, Nazihan Abdullah berkata, pertandingan tersebut bertujuan mencari wakil pasukan teater daerah Gombak ke peringkat negeri Selangor yang akan diadakan tidak lama lagi.

“Saya ucapkan tahniah kepada pemenang pertandingan ini dan terima kasih kepada semua pasukan bertanding yang memberikan komitmen tinggi sepanjang program ini berlangsung.

“Terima kasih juga kepada Pejabat Penerangan Daerah Gombak yang turut membantu melancarkan program di samping mengadakan kuiz kenegaraan yang mendapat sambutan baik daripada pelajar, ” katanya.

-NAZ

Tinggalkan komen anda