Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Taklimat Minda Salur Maklumat Sahih ke Peringkat Akar Umbi

By 22 Julai 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Muhammad Fandy Azam/ Nurfariza Farnoh (Melaka Tengah)

MELAKA, 22 Jul (Malaysiaaktif) – Jabatan Penerangan Negeri Melaka telah mengadakan Program Taklimat Minda Peringkat Parlimen Kota Melaka yang berlangsung di Dewan Hang Tuah disini, semalam. Program ini bertujuan untuk memastikan penyampaian maklumat yang diterima tepat dan sahih ke peringkat akar umbi terutama dalam kalangan pimpinan peringkat  Majlis Pengurusan Komuniti Kampung ( MPKK).

Menurut Pegawai Penerangan Daerah Melaka Tengah mewakili Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Melaka, Mohd Noor Samion, program Taklimat Minda ini adalah satu program yang memasarkan dasar kerajaan dalam menganalisis isu – isu semasa kepada masyarakat bagi memberikan pengetahuan kepada setiap individu yang terlibat.

Soal jawab dan kaunter pertanyaan turut diadakan untuk memberi penerangan jelas kepada masyarakat.

Soal jawab dan kaunter pertanyaan turut diadakan untuk memberi penerangan jelas kepada masyarakat.

“Kita membawa pegawai khas dalam memberi penerangan berkaitan inisiatif MySalam (Peka B40) dan Kenali Rasuah kerana isu ini yang sering menjadi persoalan dalam kalangan rakyat ketika ini.

“Dengan adanya pendekatan ini masyarakat terutama kepimpinan MPKK boleh terus bertanya soalan supaya apabila berhadapan dengan masyarakat kita mampu memberi penerangan jelas dan tepat. Selain itu, program ini juga dapat mengeratkan hubungan pemimpin dan masyarakat dan sesi komunikasi dua hala antara kerajaan dan rakyat akan dapat memberi impak  positif kepada pembangunan negara,” ujar Mohd Noor.

Dalam perkembangan lain, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kota Melaka menerima insentif RM1,000 daripada Pejabat Parlimen Kota Melaka.

Peruntukan ini diumumkan sendiri oleh Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong dalam ucapannya bersempena Majlis Perasmian Program Taklimat Minda “Analisis Isu – Isu Semasa”.

Menurut Khoo, peruntukan yang diberi kepada 57 MPKK Kota Melaka ini adalah satu inisiatif bagi menjamin kesejahteraan dan kemakmuran setiap lapisan umur dan masyarakat terutamanya di kawasan Kota Melaka ini.WhatsApp Image 2019-07-22 at 09.55.14

“Diharapkan peruntukan ini dapat dijadikan sebagai pemangkin semangat kepada semua MPKK dalam memastikan setiap program yang dianjurkan mempunyai objektif utama bagi mendekatkan pemimpin kepada masyarakat,” ujar beliau.

Turut hadir pada program tersebut Exco Kesihatan dan Antidadah Negeri Melaka, Low Chee Leong dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kesidang, Seah Shoo Chin.

-KN

Tinggalkan komen anda