Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Tiga Peserta Bakal Berentap Di Pertandingan Pidato Kenegaraan 2019 Negeri Terengganu

By 16 Julai 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Aneta Ahmad (Hulu Terengganu) Shuhaimi Ahmad (Kuala Terengganu)

HULU TERENGGANU, 16 Jul  (Malaysiaaktif) – Tiga peserta bakal berentap dalam Pertandingan Pidato Kenegaraan 2019 Negeri Terengganu yang bakal diadakan pada 23 Julai depan di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Dungun.

Seramai sembilan peserta menyertai saringan pertandingan pidato ini yang bertujuan meningkatkan rasa kecintaan serta kebanggaan masyarakat terhadap negara selain menggalakkan serta mencungkil bakat berpidato dalam kalangan masyarakat, di Pejabat Penerangan Daerah Hulu Terengganu, di sini semalam.

Nurul Fatin Qilah Rahim, Muhammad Shohaimil Hafiz Salleh dan Syed Mohd Shafiq Syed Mohd Suhaimi berjaya mencuri perhatian serta memikat hati juri dengan kepetahan dan hujah masing-masing apabila berjaya menjadi tiga peserta yang berjaya ke peringkat akhir seterusnya mewakili negeri tersebut.

Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Terengganu Azahar Ismail, berkata penganjuran pertandingan itu dapat memperkasakan penggunaan bahasa kebangsaan oleh pelbagai kaum dalam kehidupan seharian.

“Pertandingan ini turut berjaya memupuk, menyubur, mengukuh dan mengekalkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat negara ini,” katanya ketika merasmikan pertandingan tersebut.

Sementara itu, Pengarah Pusat Pembangunan Holistik Pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Prof. Dr. Abdullah Ibrahim, berkata beliau telah bersama-sama dengan aktiviti Jabatan Penerangan semenjak berada di bangku sekolah lagi.

“Generasi muda khasnya pelajar perlu mengikuti program yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan kerana banyak membantu dalam pembentukan sahsiah pelajar khasnya keyakinan diri dan memupuk semangat berani kehadapan,” katanya.

-SH

Tinggalkan komen anda