Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Warisan Lama Dilupakan Jangan

By 25 Julai 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Sharifah Ashikin Syed Omar, Musliha Yusof/Najib Mohaini (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 25 Jul (Malaysiaaktif) – Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Kompleks Penerangan Dan Penyiaran Sultan Iskandar berlangsung selama tiga hari bermula 25 hingga 27 Julai 2019 dengan pelbagai pengisian yang menarik seperti forum agama, showcase Yok Ngeteh, pertandingan bayblade, pertandingan karaoke 60-an dan showcase rock bisa berbisa serta konsert gema 3 budaya.

Perasmian Sambutan Jubli Perak ini telah disempurnakan oleh Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal dan tulisan khat menjadi gimik perasmian bagi sambutan yang penuh bermakna ini.

Mohd Zulhilmi Mohd Sobri, 29, salah seorang pembimbing dari Persatuan Seni Khat Johor berkata seni khat merupakan sejenis seni visual yang menarik untuk dipelajari dan tulisan jawi dengan kemahiran seni khat dapat menyerikan lagi tulisan tersebut.

Zulhilmi mengajak orang ramai untuk mempelajari seni warisan khat.

Zulhilmi mengajak orang ramai untuk mempelajari seni warisan khat.

“Bagi mereka yang berminat untuk memperindahkan lagi tulisan jawi, bolehlah mempelajari seni khat kerana seni dalam penulisan ini merupakan satu warisan yang tidak lapuk ditelan zaman walaupun teknologi semakin berkembang pesat,” katanya.

Para tetamu turut disajikan dengan pelbagai jenis makanan tradisi masyarakat Bangsa Johor seperti makanan tradisi orang Jawa, Ketiwol dan Pecal serta makanan tradisi orang Bugis iaitu Burasak dan Lepat Loi.

Penyanyi era 1980-an, Herman Tino, 65, berkata semua makanan yang disajikan pada hari ini mampu mengundang nostalgia lama.

Herman Tino menunjukkan burasak yang merupakan makanan tradisional orang Bugis.

Herman Tino menunjukkan Burasak yang merupakan makanan tradisional orang Bugis.

“Sewaktu saya muda dahulu, makanan sebegini merupakan hidangan utama kami dan kesusahan hidup pada masa itu menyebabkan orang menyediakan makanan sebegini,” ujarnya sambil turut mencuba makanan tradisi masyarakat Bugis, iaitu Burasak.

Burasak atau Buras merupakan sejenis masakan yang berasaskan beras dan santan yang sedap dimakan bersama serunding atau kuah asam pedas biasanya dibuat sewaktu menyambut hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia Abdul Muis Shefii dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor Mohd Khuzzan Abu Bakar.

-NI-

Tinggalkan komen anda