Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

24 Rumah Rosak Dilanda Taufan Lekima

By 10 Ogos 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Fasharina Kholil/APM Sik (Sik)

SIK, 10 Ogos (Malaysiaaktif) – Sebanyak 24 buah rumah di Mukim Sik, Sok, Jeneri dan Teloi di sini mengalami kerosakan akibat tempias Taufan Lekima, semalam.

Dalam kejadian pukul 11 malam itu, 24 buah rumah daripada 13 kampung di sini terjejas akibat hujan lebat beserta angin kencang.

Pegawai Pertahanan Awam Sik, Lt. (PA) Haisul Aishah Mohd Napiah, berkata sebahagian bumbung beberapa rumah penduduk diterbangkan angin dan ada yang mengalami kerosakan pada bahagian struktur rumah.

Antara rumah yang terjejas akibat tempias Taufan Lekima semalam.

Antara rumah yang terjejas akibat tempias Taufan Lekima semalam.

“Walaupun begitu, ia tidak membabitkan kemalangan jiwa kepada penghuni rumah terbabit.

“Orang ramai diminta untuk menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)  dengan kadar segera sekiranya berlaku kecemasan agar mudah untuk kami menghulurkan bantuan,” ujarnya ketika ditemui, di sini hari ini.

Jelasnya lagi, anggota APM sentiasa bersiap siaga dalam membantu mangsa bencana.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan kejadian ribut di beberapa negeri utara tanah air disebabkan ekor Taufan Lekima yang membadai timur Negara China.

-SH

Tinggalkan komen anda