Laporan/foto: Edi Rizam / Ariff Gizan (Putrajaya)
PUTRAJAYA, 27 Ogos (Malaysiaaktif) – Seramai 50 orang rakan stategik dikenali sebagai Aktivis Malaysiaku Jabatan Penerangan (JaPen) akan memeriahkan program #AnakAnakMalaysia Walk 2019 yang diadakan pada 31 Ogos nanti.
Ketua Pengarah Penerangan Roselindawati Abdul Rahman, ditemui ketika mengadakan lawatan kerja strategik ke Star Media Group di Petaling jaya Petang tadi, beliau juga memuji usaha yang diambil oleh pihak Star dalam meningkatkan semangat perpaduan dan cintakan negara antara masyarakat negara ini.
“Program seperti ini sangat bertepatan dengan masej yang sering dibawa oleh JaPen antaranya perpaduan masyarakat, menghormati kepelbagaian antara satu sama lain dan cintakan negara, dan inisiatif pihak Star Media Group dan Eco World dalam penganjuran program #AnakAnakMalaysia Walk buat kali keenam tahun ini berjaya menterjemahkan masej tersebut dengan penglibatan seluruh rakyat malaysia dan berbilang kaum.
“JaPen akan sentiasa menyokong segala usaha-usaha yang dibuat oleh mana-mana pertubuhan bukan kerajaan dan pihak swasta dalam menggalakkan pumupukkan semangat perpaduan dan semangat cintakan negara. Malah 50 orang kakitangan JaPen juga akan menyertai acara tersebut sebagai tanda sokongan dan menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.” Tambah beliau.
Ketibaan Roselindawati di sambut oleh ketua pegawai eksekutif Star Media Group Andreas Vogiatzakis, turut hadir pegawai – pegawai kanan Jabatan Penerangan.
Acara berjalan kaki sejauh 5.5 Kilometer sempena sambutan Hari Kebangsaan itu yang masuk kali keenam tahun ini adalah kerjasama antara akhbar harian berbahasa Inggeris The Star dan Eco World Development Group Berhad akan berlangsung di Setia Alam.