Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Durian Musang King ke Pasaran Antarabangsa

Laporan/ foto: Che Nor I/ M.Azree (Raub)

RAUB, 21 Ogos (Malaysiaaktif) – Durian Musang King kini telah menembusi pasaran antarabangsa seperti di China, Jepun, Korea dan sebahagian pasaran Eropah sekali gus menjadikan Raub sebagai hub utama pengeluaran durian Musang King di kawasan ini. Harga pasaran durian Musang King di China juga mencecah RM100 sekilo.IMG-20190821-WA0042

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tan, Sim Tze Tzin berkata, “Durian Musang King ini adalah produk buahan yang di komersil ke peringkat antarabangsa, boleh menjana pendapatan puluhan ribu semusim serta memperbaiki ekonomi negara.

Kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan membantu semua peladang supaya dapat meningkatkan pengeluaran hasil yang pada ketika ini 2 musim setahun kepada 3 musim setahun.”

“Pasaran durian Musang King di China semakin bertambah kerana penduduk China semakin meminati keenakan durian Musang King. Namun apa yang perlu dijaga adalah supaya tidak ada penipuan dalam pengeksportan Musang King dengan buah durian biasa,” katanya lagi ketika sidang media.IMG-20190821-WA0044

Di samping itu juga, masyarakat Raub dapat menjana pendapatan melalui industri pelancongan di mana pelancong dari luar dan dalam negara juga akan datang ke Raub dan secara langsung pengusaha bas, kereta sewa, inap desa serta pengusaha pemandu pelancong akan mendapat pendapatan yang lumayan.

Beliau bersama pegawai kanan daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani turut menikmati keenakan durian Musang King yang pada ketika itu gugur dan selepas itu ke sesi dialog yang diadakan di Tanah Aina Raub.

Turut hadir dalam program tersebut Pengarah Kementerian Pelancongan, Seni Budaya Pahang, Datuk Idros Yahya.

-KN

Tinggalkan komen anda