Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeMAPutrajaya

KMJG19: Pentingnya Cakna Sejarah

By 21 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/ foto:Khairun Nadiah/ Nurul Azreen/ Syarul Azis (Putrajaya) 

LUMUT, 22 Ogos (Malaysiaaktif) – Penuntut UniKL Lumut menerima nasihat agar sentiasa cakna dengan sejarah bagi memastikan negara ini terus terpelihara dari kesilapan yang tidak diingini.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli menjelaskan bahawa kesilapan yang lalu adalah sejarah dan tugas generasi sekarang adalah untuk memastikan kesilapan sama tidak berulang.

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta ketika menyampaikan ucapan.

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta ketika menyampaikan ucapan.

“Kita tidak boleh melupakan kesilapan lalu namun tidaklah juga kita perlu rasa terbeban dengannya sehingga kita menjadi kaku seperti tiada kebebasan. Persitiwa 13 Mei contohnya, wajar kita jadikan pengajaran dan kita sama sekali tidak mahu kejadian itu berulang.

“Sejarah kemerdekaan kita panjang. Penting untuk kita sedar betapa tingginya nilai kemerdekaan yang kita nikmati sekarang. Oleh itu, setiap individu di negara ini perlu ada rasa tanggungjawab dalam memelihara nilai kebebasan ini,” ujar Datuk Wira Dr. Hatta dalam ucapannya.

Beliau juga menambah bahawa kadangkala manusia melakukan kesilapan kerana kekurangan maklumat seperti tidak tahu undang-undang yang digariskan dalam sesuatu perkara.

Namun, pada zaman teknologi kini, setiap orang mempunyai akses yang mudah untuk mendapatkan maklumat dan perkara ini perlulah dimanfaatkan sebaiknya.

Sekitar upacara 'flag off' di UniKL Lumut.

Sekitar upacara ‘flag off’ di UniKL Lumut.

Beliau turut menekankan bahawa setiap kaum dalam negara ini adalah komponen penting dalam membentuk masyarakat yang majmuk dan sejahtera.

Datuk Wira Dr. Hatta kemudiannya menyempurnakan acara flag off konvoi Kembara Jalur Gemilang 2019 yang akan meneruskan perjalanan sejauh 293km ke Teluk Intan, Kuala Selangor dan Shah Alam.

Tinggalkan komen anda