Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Inovasi Tepung Daripada Kulit Pisang

By 27 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Siti Noorezrin Mahmod (Jempol)/Khairol Anuar (UiTM)

JEMPOL, 27 Ogos (Malaysiaaktif) – Hasil kajian Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Boting EcoGreen Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah, telah berjaya menghasilkan produk tepung daripada kulit pisang.

Penghasilan produk serbaguna berkhasiat tinggi ini diperolehi daripada sumber tempatan iaitu disekitar kawasan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Daerah Kuala Pilah.

Kumpulan kajian terdiri daripada sembilan orang pensyarah dan staf makmal tersebut diketuai Dr. Rosli Noormi dan dibimbing sepenuhnya oleh Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Maklumat Al-Bakri Mohamed.

WhatsApp Image 2019-08-26 at 16.16.30

Rosli bersama kumpulan kajian dalam perbincangan.

Menurut Rosli, idea tersebut tercetus setelah mendapati kulit pisang tidak dimanfaatkan sepenuhnya untuk kegunaan lain dan dibuang begitu sahaja.

“Dengan terhasilnya inovasi ini, kulit pisang bukan sahaja akan mengurangkan penghasilan bahan buangan kepada alam sekitar, ia juga akan menambah nilai ekonomi dalam kalangan penjaja IKS yang menggunapakai pisang sebagai bahan dalam perniagaan mereka.

“Berdasarkan hasil kajian secara saintifik di dalam makmal, produk ini didapati mengandungi kandungan nutrisi yang tinggi dan sihat seperti mineral, karbohidrat, fiber dan sebatian antikanser,” ujarnya.

Tambah Rosli lagi, hasil kajian ini akan dipertandingkan pada Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) pada 28 dan 29 Ogos 2019 di UiTM Cawangan Melaka, Kampus Bandaraya.

“Semoga produk ini akan dapat diketengahkan dan dipasarkan untuk kegunaan masyarakat, dan kami juga akan turut bertanding dalam pertandingan inovasi lain yang lebih tinggi.

“Tepung serbaguna ini juga boleh figunakan untuk menghasilkan beberapa jenis produk makanan seperti biskut, kek coklat , lempeng dan aneka kuih lain,” katanya lagi.

-AK

Tinggalkan komen anda