Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Kembara Minda Membuka Pengalaman Dimensi Baru

By 5 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Nurazreen Abd Rahman (Seberang Perai Utara)

 

KEPALA BATAS, 5 Ogos (Malaysiaaktif) – Pengalaman berkunjung ke Pusat Petrosains, KLCC dan Wisma Angkasapuri RTM di Kuala Lumpur sudah tentu meninggalkan satu kenangan manis seumur hidup bagi peserta yang mengikuti program Kembara Minda yang dianjurkan oleh Pejabat Penerangan Daerah Seberang Prai Utara.

Program yang melibatkan seramai 33 pelajar dan 11 guru daripada 11 buah sekolah Kelab Malaysiaku diadakan selama 2 hari yang memberikan peluang kepada peserta untuk menyelami dunia sains dan teknologi yang dipamerkan di Petrosains. Selain itu, lawatan ke Wisma Angkasapuri RTM juga memberikan maklumat pengetahuan mengenai pengalaman bekerja di dalam penyiaran dan melihat sendiri bagaimana proses rakaman dilakukan dalam bilik studio. Dalam lawatan ini juga, para peserta diberikan ruang untuk bersama-sama dengan pengacara dalam slot Selamat Pagi Malaysia yang bersiaran secara langsung di televisyen.

Lawatan ke RTM Angkasapuri

Lawatan ke RTM Angkasapuri

Menurut Zarif Akif Bin Zainol, 16 tahun dari SMK Datuk Hj Abdul Kadir, beliau teruja mengikuti program ini kerana berpeluang merasai sendiri menaik monotren yang memuatkan enam orang sambil dipertontonkan video berkenaan perkembangan sains dan teknologi di Malaysia yang dipaparkan di skrin sepanjang perjalanan tren. “Kami juga dapat memahami konsep sains dan teknologi yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian nanti”, ujarnya lagi.

Penerangan di PMR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Penerangan di PMR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Lawatan terakhir program adalah ke Pusat Maklumat Rakyat Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan. Peserta disambut mesra oleh kakitangan Jabatan Penerangan Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan diberikan sedikit taklimat mengenainya oleh Encik Ahmad  Baharuddin bin Haq, Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan  Masyarakat, Jabatan Penerangan Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Majlis diakhiri dengan jamuan tengahari sebelum bertolak balik ke Pulau Pinang.

-II-

Tinggalkan komen anda