Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Program My Best Buy Permatang Damar Laut

By 5 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/ foto: S.Shalene, Azimee (Barat Daya)

 

BAYAN LEPAS,  5 Ogos (Malaysiaaktif) – Program My Best Buy Permatang Damar Laut telah diadakan di Padang Bola Permatang Damar Laut anjuran bersama Pejabat Ahli Parlimen Bayan Baru, Pejabat ADUN Batu Maung dan MPKK Permatang Damar Laut.

Program ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Sim Tze Tzin, Ahli Parlimen Bayan Baru. Turut hadir bersama ialah YB Dato Haji Abdul Halim Bin Haji Hussain, ADUN Batu Maung, YBhg Datuk Abdul Malik Bin Abu Kassim Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, YBsr Tuan Haji Zainal Abidin Bin Yang Razali, Pemangku Ketua Pengarah FAMA, Puan Habibah Binti Sulaiman Pengarah FAMA Negeri Pulau Pinang, Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi.

Hampir 400 orang telah hadir dan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang telah diadakan seperti jualan murah barangan dapur, bahan mentah, sayur-sayuran, buah-buahan, makanan, minuman, produk kampung dan banyak lagi. Pameran agensi-agensi pertanian dan kerajaan, kaunter perkhidmatan dan pendaftaran agensi-agensi kerajaan, pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan gubahan kain batik, dan pertandingan pakaian tercantik (tema kemerdekaan) kanak-kanak.

Jualan istimewa produk sayur-sayuran dan buah-buahan

Jualan istimewa produk sayur-sayuran dan buah-buahan

Program My Best Buy 2.0 merupakan satu program yang dilaksanakan oleh FAMA secara keseluruhan bagi membantu rakyat menangani kesan kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat. Ianya berkonsepkan pasar pilihan rakyat yang menawarkan pelbagai produk pertanian dan bukan pertanian bagi keperluan setempat dengan harga yang istimewa dan berpatutan. Program diadakan sekali sebulan di lokasi-lokasi yang ditentukan.

Di antara pengisian yang berlangsung adalah seperti jualan istimewa produk sayur-sayuran dan buah-buahan termasuk barang kawalan dan produk Beras Juara dengan penjimatan pembelian barangan sebanyak 5-20% lebih rendah dari harga pasaran. Terdapat juga jualan harga promosi “Happy hour” jualan makanan popular Pulau Pinang dan juga food truck.

Kanak-kanak mengambil bahagian dalam pertandingan pakaian patriotik

Kanak-kanak mengambil bahagian dalam pertandingan pakaian patriotik

Program ini telah mengumpul nilai jualan RM58.8 juta sejak tahun 2014 hingga akhir Julai 2019 dan beroperasi di 188 lokasi secara tetap dan bermusim seluruh negara yang melibatkan 2766 usahawan dalam program MBB ini.

Bagi Negeri Pulau Pinang sahaja nilai jualan yang terkumpul dari tahun 2016 sehingga akhir Julai 2019 adalah berjumlah RM1.9 juta dan seramai 974 usahawan yang terlibat di 128 lokasi.

FAMA mensasarkan bagi tahun 2019 difokuskan kepada lokasi institut pengajian tinggi awam dan swasta, pejabat kerajaan, projek perumahan rakyat dan kawasan perumahan .Nilai sasaran bagi tahun 2019 adalah RM16 juta dan FAMA juga menyasarkan 160 lokasi baru bagi tahun ini.

-II-

Tinggalkan komen anda