Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Kemeriahan Sambutan Bulan Kebangsaan Terus Diraikan

By 26 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto : Norsaedah Haron /Abassalimi Mohamad (Kluang)

KLUANG, 26 Ogos (Malaysiaaktif) – Bahang kehangatan Sambutan Bulan Kemerdekaan semakin terasa dengan penganjuran Program Merdeka@Komuniti Harapan Malaysia Mahkota Zon A yang telah diadakan di Dewan Jubli Intan Kluang, Sabtu lalu, bermula seawal jam 7.00 pagi hingga 11.00 malam.

Program yang julung kali diadakan ini bermatlamat untuk menanam serta meningkatkan semangat patriotisme di kalangan masyarakat setempat mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada pelbagai kaum di Kluang.

Antara aksi si cilik yang menyertai pertandingan sukan rakyat.

Antara aksi si cilik yang menyertai pertandingan sukan rakyat.

Pelbagai aktiviti menarik disusun seperti pertandingan mewarna bagi kategori pelajar tadika dan sekolah kebangsaan, pertandingan pakaian beragam, sukan rakyat, penyampaian sumbangan jalinan kasih, kuiz serta persembahan kebudayaan yang melibatkan tiga kaum utama di Malaysia.

Ahli Dewan Undangan Negeri Mahkota Muhamad Said Jonit dalam ucapan perasmiannya berkata, “Merdeka itu membawa maksud bebas dari campur tangan asing dan merdeka juga bererti sebuah anjakan dan transformasi dari kemunduran kepada kemajuan serta keunggulan.”

ADUN Mahkota Muhamad Said Jonit berucap merasmikan Program Merdeka @ Komuniti Harapan Malaysia Mahkota Zon A.

ADUN Mahkota Muhamad Said Jonit berucap merasmikan Program Merdeka @ Komuniti Harapan Malaysia Mahkota Zon A.

“Walau apa pun cabaran dan dugaan yang datang, sebagai bangsa yang merdeka kita tidak akan sesekali membiarkan tanah air tercinta  yang sudah merdeka hampir enam dekad lalu kembali dijajah dan kita perlu bertekad untuk terus menggilap dan membangunkan bumi Malaysia ini sebagai sebuah negara yang disegani di pentas dunia,” katanya lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri Mahkota, Muhamad Said Jonit turut menyeru seluruh masyarakat di Dun Mahkota dan Parlimen Kluang untuk turut bersama  menghayati tentang erti sebenar sebuah kemerdekaan sebagai panduan kelangsungan perjuangan mengisi kemerdekaan.

Muhamad Said (kanan) beramah mesra dengan Fatimah (tengah) yang merupakan salah seorang penerima sumbangan Jalinan Kasih, sambil diperhatikan oleh Pegawai Penerangan Daerah Kluang, Abdul Razak Mohamed (kiri).

Muhamad Said (kanan) beramah mesra dengan Fatimah (tengah) yang merupakan salah seorang penerima sumbangan Jalinan Kasih, sambil diperhatikan oleh Pegawai Penerangan Daerah Kluang, Abdul Razak Mohamed (kiri).

Dalam program tersebut,  Muhamad Said turut menyerahkan Jalur Gemilang kepada agensi kerajaan, wakil rakyat serta NGO yang hadir.

Turut hadir ADUN Mengkibol Chew Chong Sin serta wakil rasmi Pegawai Daerah Kluang, Mohd Amirul Azmi.

-NI-

Tinggalkan komen anda