Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMAMelaka

Pupuk Nilai Patriotisme Melalui Kembara KHM

By 26 Ogos 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/ foto: Muhammad Fandy Azam (Melaka Tengah)

MELAKA, 26 Ogos (Malaysiaaktif) – Konsep Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih menjadi objektif utama penganjuran Program Kembara Merdeka Komuniti Harapan Malaysia (KHM) Parlimen Kota Melaka di sini, baru-baru ini.

Program kerjasama antara Pejabat Penerangan Daerah Melaka Tengah dan Pusat Khidmat Masyarakat Kota Melaka telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong.

Menurut Khoo, program ini dapat memupuk semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat dalam pelbagai lapisan umur dan masyarakat bagi menzahirkan serta menanamkan cinta akan tanah air.

“Kerjasama dengan Jabatan Penerangan Malaysia adalah satu langkah yang bijak kerana seperti semua maklum bahawa Jabatan ini berperanan dalam memasarkan dasar – dasar negara selari dengan kehendak kepimpinan tertinggi masyarakat,” ujarnya.

Ucapan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong.

Ucapan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong.

Pegawai Penerangan Daerah Melaka Tengah, Mohd Noor Samion berkata program ini diadakan bukan sahaja memupuk semangat patriotisme malah memberikan info mengenai penubuhan KHM kepada pemimpin masyarakat yang telah dilantik.

Program kembara ini telah menjelajah setiap Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) di bawah Parlimen Kota Melaka di samping diadakan penyerahan Jalur Gemilang bersempena dengan Bulan Kebangsaan.

Kembara KHM Parlimen Kota Melaka.

Kembara KHM Parlimen Kota Melaka.

-KN

Tinggalkan komen anda