Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Singkap Semula Lembaran Sejarah

By 26 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Noorshazana Shaadan (Port Dickson)/Farhan Abdullah (Putrajaya)

PORT DICKSON, 26 Ogos (Malaysiaaktif) – Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjelaskan rakyat akan mencapai pelbagai kebebasan di negara ini sekiranya kita menyingkap kembali pengisytiharan kemerdekaan yang diikrarkan oleh Tunku Abdul Rahman.

Anwar berkata kemerdekaan yang kita nikmati hari ini adalah hasil daripada perpaduan semua kaum dalam negara ini.

“Tanpa perpaduan sesama kaum ini, pihak Inggeris akan menolak cadangan untuk mencapai kemerdekaan di Tanah Melayu.

“Sambutan kemerdekaan ini adalah acara rakyat, kerana itulah, kita mahu rakyat menyambut sambutan 31 Ogos ini dengan sesuatu yang bermakna bagi diri sendiri dan negara,” ujarnya ketika berucap dalam Majlis Sambutan Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) di Dataran Teluk Kemang, di sini baru-baru ini.

WhatsApp Image 2019-08-25 at 15.36.34

Anwar menyambut ketibaan konvoi KMJG Kebangsaan.

Anwar turut mengucapkan terima kasih di atas pengorbanan dan penyertaan konvoi khususnya golongan muda yang turut serta dalam mengisi acara sambutan Hari Kebangsaan.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perpaduan, Penerangan dan Integrasi Nasional Negeri Sembilan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Lukut Choo Ken Hwa, berkata perpaduan adalah suatu nikmat yang amat berharga dan tidak ternilai, ia perlu dipupuk dan dipelihara dalam diri agar dapat dipertahankan sampai bila-bila.

“Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya bersyukur dan berasa bertuah kerana menjadi sebahagian daripada negara yang berdaulat dan merdeka,” katanya.

WhatsApp Image 2019-08-25 at 14.31.04

Acara pelepasan konvoi KMJG.

Beliau turut menyeru agar semua peserta konvoi KMJG dapat merenung sejenak perjuangan yang telah dilalui oleh pejuang kemerdekaan yang lalu.

Konvoi KMJG yang bertujuan menyampaikan mesej kibarkan Jalur Gemilang turut menyaksikan pertemuan dua konvoi KMJG di dalam satu majlis yang melibatkan konvoi pada peringkat daerah dengan penglibatan 81 buah kenderaan pelbagai agensi serta konvoi KMJG Kebangsaan yang melibatkan 54 buah kenderaan di sini.

Hadir sama, Pengarah Penerangan Negeri Sembilan, Mejar (K) Sabarudin Yeop Hamza dan ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan.

-AK

Tinggalkan komen anda