Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Kesedaran Menderma Darah Perlu Dipupuk

By 17 Ogos 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Hamidah Md Drus (Kuala Pilah)

KUALA PILAH, 17 Ogos (Malaysiaaktif) – Seramai 100 orang warga Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Muhammad (SMKTM) turut serta dalam Kempen Menderma Darah di sekolah berkenaan baru-baru ini.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Faisal Ishak, program tersebut merupakan program tahunan di sekolah ini.

“Program ini dijalankan bagi memberi kesedaran akan kepentingan menderma darah khasnya kepada pelajar sekolah ini.

“Disamping dapat mencegah penyakit dan membantu ramai pesakit, penderma juga akan menikmati kemudahan rawatan hospital yang dikecualikan untuk tempoh tertentu jika menderma secara berkala setiap 3 bulan sekali,” katanya ketika ditemui, di sini.

Pelajar menjalani pemeriksaan sebelum menderma darah.

Pelajar menjalani pemeriksaan sebelum menderma darah.

Salah seorang pelajar SMKTM Teo Wai Xian, berkata ini merupakan kali pertama beliau menderma darah. Rasa tanggungjawab untuk menderma hadir bila melihat rakan-rakannya yang lain turut serta.

“Walaupun pada mulanya saya berasa gementar, tetapi saya tetap teruskan untuk merasai sendiri pengalaman menderma darah,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ezawati Abdul Wasif, Guru SMKTM berkata, para pelajar berasa teruja dengan program ini.

“Program seumpama ini merupakan program yang sangat bagus bagi memberi pendedahan kepada para pelajar tentang tanggungjawab sosial sebagai warganegara,” katanya.

Setiap minggu Unit Tabung Darah HTAN bergerak mencari penderma di pelbagai tempat tumpuan orang ramai bagi mengisi keperluan darah di hospital berkenaan.

-AK

Tinggalkan komen anda