Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

DBKL Lancar Kempen Kibar Jalur Gemilang

By 17 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Parameswary Lekshmnan/Edawati Sulaiman (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Malaysiaaktif) – Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini telah melancarkan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Dataran Merdeka, di sini.

Dataran Merdeka dipilih sebagai lokasi pelancaran ini bagi mengimbau semula detik bersejarah di mana Bendera Union Jack diturunkan pada tengah malam 31 Ogos 1957, dan di sinilah Bendera Malaysia dan juga Lagu Negaraku diperdengarkan buat pertama kalinya.

Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad, menjelaskan pelancaran kempen ini merupakan tendang mula kepada program dan acara rasmi yang telah disusun dan bakal dilaksanakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2019 pada peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Khalid ketika menyampaikan ucapan perasmian.

Khalid ketika menyampaikan ucapan perasmian.

“Sambutan Hari Kebangsaan diraikan dengan penuh kegembiraan dan ditonjolkan semangatnya melalui pengibaran Jalur Gemilang oleh semua warga kota yang menjadi tonggak penyatuan semua kaum di Malaysia.

“Marilah semua warga untuk bersama-sama menzahirkan rasa cinta dan taat setia yang tidak berbelah bahagi terhadap negara Malaysia dengan memasang dan mengibarkan Jalur Gemilang di premis dan kenderaan masing-masing,” katanya ketika merasmikan pelancaran kempen tersebut.

Pada hari ini juga, Jalur Gemilang gergasi berukuran 60 x 30 kaki yang diperbuat daripada twinkle satin berkibar megah di tengah-tengah langit Bandaraya Kuala Lumpur, dan akan digantikan pada setiap 15 haribulan setiap bulan.

Khalid turut menegaskan bahawa Malaysia dibina dengan kerjasama dan perpaduan masyarakat yang berbilang kaum, bangsa dan agama.

Khalid merasmikan Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang.

Khalid merasmikan Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang.

“Negara kita diasaskan atas satu perlembagaan dan kontrak sosial yang unik serta tiada tolak bandingnya di seluruh dunia.

“Keunikkan ini adalah rahsia kepada keamanan, ketenteraman dan perpaduan yang sekian lama dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia di mana ia juga terus dikagumi di mata dunia,” katanya lagi.

Beliau turut menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk terus mempertahankan keharmonian negara tanpa membenarkan sebarang unsur-unsur negatif yang berkeupayaan mengugat semangat perpaduan yang sekian lama terbina.

DBKL juga telah mengatur pelbagai aktiviti sepanjang Kempen Bulan Kebangsaan ini bersama persatuan-persatuan penduduk di peringkat parlimen mengikut zon masing-masing.

-SH

Tinggalkan komen anda