Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Merdeka@Komuniti Semai Erti Kemerdekaan

By 25 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan /foto   : Ramasamy Amas (JEMPOL) /Mohd  Khairulnizam Mohd Yunus  (Negeri Sembilan)

JEMPOL, 25 Ogos (Malaysiaaktif) – Bagi memeriahkan sambutan Bulan Kebangsaan, Pejabat Penerangan Daerah Jempol telah mengadakan Program Merdeka@Komuniti di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam daerah ini.

Bagi DUN Bahau, Majlis Perasmian Program Merdeka@Komuniti dan sambutan peserta konvoi KMJG telah diadakan di Hentian Bas Bandar Bahau dan disempurnakan oleh Exco Kerajaan Negeri Sembilan merangkap ADUN Bahau, Teo Kok Siong.

Dalam majlis tersebut Kok Seong telah menyampaikan Jalur Gemilang kepada semua Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di DUN Bahau dan turut menyampaikan hadiah Pertandingan Pakaian Patriotik yang melibatkan seramai 22 kanak-kanak daripada Tabika Kemas dan Perpaduan.

Beliau juga turut berkesempatan menampal bendera kenderaan kepada pemandu-pemandu Teksi yang turut sama dalam majlis tersebut.

WhatsApp Image 2019-08-23 at 16.44.37

Kok Seong bergambar bersama peserta konvoi .

Memetik ucapan beliau, Kok Siong menyarankan setiap pemilik bangunan kedai dan gerai agar mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda tanggungjawab bersama dan juga satu penghormatan kepada pejuang-pejuang kemerdekaan yang bersusah payah mengecapi kemerdekaan pada tahun 1957.

“Kita perlu menjadi contoh kepada generasi akan datang dalam mendidik erti kemerdekaan supaya generasi tersebut dapat menyemai rasa cinta kepada negara dan bangsa dan terus mengekalkannya di masa hadapan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Program Merdeka@Komuniti ini turut mendapat kerjasama daripada Komuniti Harapan Malaysia (KHM) yang baru sahaja ditubuhkan di daerah ini dan juga Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat setiap DUN.

Pelbagai pengisian acara menarik diadakan di setiap lokasi antaranya pertandingan mewarna Jalur Gemilang kanak-kanak, pertandingan gubahan bendera, pertandingan motorsikal berhias, majlis bacaan Yasin, pameran agensi kerajaan, pemeriksaan kesihatan dan sebagainya.

Disamping itu, program tersebut diadakan juga bagi menyambut Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Peringkat Daerah Jempol yang mana majlis pelepasan konvoi disempurnakan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jempol, Raja Norazli Raja Nordin di Dataran Majlis Perbandaran Jempol.

-AK

Tinggalkan komen anda