Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePutrajaya

KMJG19: Deruman Enjin ‘Gold Wing’ Bangkit Keterujaan

By 18 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

 Laporan/foto : Edi Rizam / Nizam Zanil (Putrajaya)

CHANGLON, 18 (Ogos) Malaysiaaktif – Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2019 hari ini masuk hari ke-9 penjelajahan selepas di lancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 3 Ogos lepas di Negeri Melaka. Hari ini Konvoi memulakan perjalanan dari Alor Setar menuju ke Negeri Perlis Indera Kayangan.

Lokasi pertama persinggahan hari ini tiba di Sekolah Menegah Kebangsaan (SMK) Pulau Nyior Changlon, Kubang Pasu dan ini juga merupakan “Pit –Stop” yang ke – 25 daripada 62 “Pit-Stop” keseluruhanya.

Pelajar SMK Pulau Nyior Bersorak riuh sejuruh konvoi memasuki perkarangan sekolah

Pelajar SMK Pulau Nyior bersorak riuh sejuruh konvoi memasuki perkarangan sekolah

Ketibaan konvoi KMJG19 telah di sambut oleh ratusan pelajar SMK Pulau Nyior menungu di bawah panas terik, sebaik sahaja motosikal berkuasa tinggi ‘Gold Wing’ memasuki perkarangan sekolah suasana menjadi riuh dengar sorakan pelajar bila mendengar deruman enjin motosikal berkuasa tinggi.

Sebanyak 30 buah motosikal berkuasa tinggi ‘Gold Wing’ dari kelab permotoran Johor 17 (J17) menyertai konvoi KMJG19 kali ini, malah motosikal Polis Diraja Malaysia yang mengiringi konvoi juga menjadi tumpuan pelajar. Meraka juga tidak melepaskan peluang untuk berswafoto dengan motosikal tersebut.

Peserta konvoi disambut dengan persembahan Silat dari pelajar sekolah

Peserta konvoi disambut dengan persembahan Silat dari pelajar sekolah

Salah seorang pelajar tingkat 4, Muhammad Aidil teruja kerena ini kali pertama beliau melihat motosikal ‘gold wing’ di depan mata. “ini kali pertama saya tengok motosikal ini dan ianya sangat besar dan bunyi dia memang luar biasa” ujar beliau.

Yb menurunkan tanda tangan pada buka cenderamata konvoi KMJG19

Shaadiah Saad (duduk) menurunkan tanda tangan pada buka cenderamata konvoi KMJG19 di saksikan Ketua Konvoi Dr. Haniff Hassan

Majlis tersebut disempurnakan oleh Ahli Undangan Negeri Bukit Kayu Hitam, Shaadiah Saad serta dihadiri Wakil Pegawai Daerah Kubang Pasu Ahmad Emir bin Badarudin, Pengetua SMK Pulau Nyior Changlun Ku Azizan bin Ku Osman, dan juga ahli – ahli Komuniti Harapan Malaysia Kubang Pasu.

Pelajar berpusu-pusu untuk berswafoto dengan motosikal ‘Gold Wing’

Pelajar berpusu-pusu untuk berswafoto dengan motosikal ‘Gold Wing’

Konvoi KMJG19 anjuran Jabatan Penerangan Malaysia akan menjelajah ke seluruh Negara sehingga ke 31 Ogos nanti bertujuan meningkatkan kesedaran dan menggalakkan rakyat mengibar Jalur Gemilang sempena Hari Kebangsaan tahun ini.

 

Tinggalkan komen anda