Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPutrajaya

KMJG19: Konvoi Merentasi Tiga Negeri

By 20 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto : Nurul Azreen/Khairun Nadiah/ Nizam Zanil (Putrajaya)

TAIPING, 20 Ogos (Malaysiaaktif) – Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) telah memasuki hari ke-11 dalam misi meningkatkan semangat patriotisme dan cintakan negara dalam diri setiap rakyat Malaysia.

Konvoi yang bermula dari Hotel Seri Malaysia Bukit Jambul, Pulau Pinang meneruskan perjalanan ke hentian yang pertama iaitu ke perkarangan RTC Sempang Empat Pulau Pinang yang merupakan pit stop yang ke 31 dari 62 pit stop keseluruhannya.

Terdapat sedikit kelainan dalam sambutan kali ini, dengan kehadiran seekor kuda berhias yang mencuri tumpuan ramai pengunjung.

Kuda berhias yang mencuri tumpuan ramai

Kuda berhias yang mencuri tumpuan ramai

Pengarah Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Wan Azizah Wan Omar merangkap ketua konvoi hari ini dalam ucapannya, mengajak semua rakyat Malaysia dalam menyemarakkan semangat kemerdekaan.

“Kita sebagai rakyat Malaysia perlu meningkatkan semangat patriotisme dan semaikan rasa cinta kepada negara malah menghayati kemerdekaan negara.” ujarnya.

Seterusnya konvoi memasuki negeri Kedah ke hentian kedua di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Serdang, Bandar Baharu dan majlis telah dirasmikan oleh Dato’ Azimi Daim, penyelaras DUN Bandar Baharu.

Pelajar- pelajar SMK Serdang Bandar Baharu

Pelajar- pelajar SMK Serdang Bandar Baharu

Memulakan perjalanan dari Penang kemudian bersambung di Kedah akhirnya konvoi KMJG19 tiba di hentian terakhir untuk hari ini di Perak, iaitu di SMK Raja Lope Tanjung Piandang Kerian.

Konvoi disambut dengan cukup meriah dan majlis telah dirasmikan oleh Exco Komunikasi Multimedia dan NGO Merangkap ADUN Titi Serong.

Beliau dalam ucapannya mengigatkan para pelajar tentang kepentingan amalan bersih dalam apa jua keadaan dan pekerjaan, selari dengan tema hari kebangsaan tahun ini Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih.

Esok KMJG19 akan meneruskan misi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan di sekitar negeri Perak.

Tinggalkan komen anda