Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPutrajaya

KMJG19: Silat Anak Muda Semarakkan Semangat Patriotisme

By 21 Ogos 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/ foto: Khairun Nadiah/ Nurul Azreen/ Nizam Zanil (Putrajaya)

TAIPING, 21 Ogos (Malaysiaaktif) – Konvoi Kembara Jalur Gemilang 2019 yang tiba di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Serdang dapat menyaksikan Silat Pusaka Gayung Malaysia yang dipersembahkan oleh pasukan silat dari SMK Sultan Ahmad Tajuddin.

Ketibaan KMJG19 di SMK Seri Serdang.

Ketibaan KMJG19 di SMK Seri Serdang.

Silat yang dipersembahkan menarik perhatian ramai kerana terdapat unsur dramatik yang diselitkan. Menurut salah seorang ahli silat tersebut, Siti Nur Aziera, 17, pasukan silat mereka dikenali sebagai Tok Mukhti Team dan mereka sering dipanggil untuk membuat persembahan silat di pelbagai majlis.

Aziera turut menjelaskan kecekapan mereka bersilat kini adalah hasil bimbingan oleh guru silat mereka selain menghadiri sesi latihan sejak lima tahun lepas.

Antara kejayaan tertinggi mereka adalah menjadi johan dalam SUKMA pada tahun 2018.

“Kami amat berbesar hati kerana dapat menonjolkan seni silat kepada semua ahli konvoi memandangkan konvoi ini hanya diadakan setahun sekali dan tidak semua sekolah dipilih menjadi pit stop sepanjang konvoi,” ujar Aziera.

Antara pelajar SMK Seri Serdang.

Antara pelajar SMK Seri Serdang.

Bagi Muhammad Aliff Ikhmal, 17, konvoi ini sememangnya membantu menaikkan semangat patriotisme yang dapat dizahirkan melalui aktiviti kibar Jalur Gemilang.

“Kalau bukan disebabkan kehadiran konvoi ini, mungkin tidak ramai yang akan mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh semangat. Aktiviti seperti ini memerlukan sokongan dari pelbagai pihak dan golongan pelajar terutamanya dapat menyemai semangat ini dalam diri masing-masing,” jelasnya.

Tinggalkan komen anda