Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Semai Semangat Cintakan Negara dari Bangku Sekolah

By 21 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Salleh Immun / Zainoren Affendy (Kuching)

SIMUNJAN,  21 Ogos (Malaysiaaktif) – Para pelajar digesa untuk lebih banyak terlibat dengan pelbagai aktiviti yang boleh menaikkan semangat cintakan negara. Penglibatan pelajar amatlah digalakkan memandangkan mereka merupakan generasi yang akan menjadi pelapis kepada kepimpinan negara pada masa depan.

Bulan Ogos telah diisytiharkan sebagai Bulan Kebangsaan maka perlaksanaan program seperti menggantung Jalur Gemilang di sekolah menjadi satu program yang amat bermanfaat sekaligus mencetuskan semangat jati diri yang tinggi dari kalangan pelajar terlibat.

Jabatan Penerangan Malaysia Daerah Simunjan dengan kerjasama Kelab Malaysiaku dan SMK Simunjan No. 1, Sarawak telah mengambil inisiatif mengadakan program Merdeka@Komuniti  di sini, baru-baru ini.

Gambar kenangan Pegawai Penyelaras Program bersama guru dan pelajar sekolah SMK Simunjan No. 1 serta menyerahkan cendera kenangan keapada pegetua.

Gambar kenangan Pegawai Penyelaras Program bersama guru dan pelajar sekolah SMK Simunjan No. 1 serta menyerahkan cendera kenangan keapada pegetua.

Program ini  dijayakan oleh seramai lebih kurang 40 orang pelajar termasuk guru dan pegawai dari Jabatan Penerangan Malaysia Daerah Simunjan. Program yang berlangsung bermula jam 8.00 pagi ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Encik Paul Anka ak. Sutey, Pengetua SMK Simunjan No. 1.

Beliau amat menyambut baik penganjuran program ini beliau juga berasa teruja melihat kerajasama antara semua pihak dalam menjayakan aktiviti ini.

“Apabila melihat Jalur Gemilang berkibar tatkala program dilaksanakan secara langsung menimbulkan satu kesedaran kepada semua pihak betapa pentingnya martabat Jalur Gemilang ini dipertahankan seterusnya mencetuskan semangat mahu mempertahankan dan mencintai negara ini sepenuh hati,” ujar beliau.

Paul juga menzahirkan rasa gembira dan mahu agar program sebegini diteruskan pada masa akan datang. Pada masa yang sama beliau menyeru agar seluruh rakyat Malaysia untuk mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang Bulan Kebangsaan hingga 16 September ini bagi membuktikan rasa cintakan Negara.

Tinggalkan komen anda