Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomePutrajaya

KMJG19: Simbol Perpaduan, Penyatuan Hati dan Kebersamaan

By 14 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Edi Rizam / Nizam Zanil (Putrajaya)

DUNGUN, 14 Ogos (Malaysiaaktif) – Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2019 (KMJG19) meneruskan penjelajahan hari ke-7 ke negeri Terengganu Darul Iman selepas berehat tiga hari sempena sambutan Hari Raya Aidiladha. Perjalanan sejauh 240 Kilometer hari ini bermula di Kuantan Pahang menelusuri daerah Kemaman, Dungun dan seterusnya berakhir di Kuala Terengganu.

Konvoi diketuai oleh Pengarah Bahagian Media Siber, Jabatan Penerangan Malaysia Tuan Haji Swady Haji Guliling dengan kekuatan 133 orang peserta dan 62 kenderaan pelbagai jenis tiba di lokasi pertama Dewan Terbuka Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Mak Lagam, Kemaman disambut dengan Senyuman dan lambaian ratusan pelajar KKTM.

Konvoi KMJG19 di KKTM Kemaman

Konvoi KMJG19 di KKTM Kemaman

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Parlimen Kemaman, Yang Berhormat Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Ibni  Raja Ahmad Baharudin di sini.

Dalam ucapan perasmianya, Raja Kamrul Bahrin menzahirkan penghargaan kepada Jabatan Penerangan Malaysia atas usaha penganjuran Program Konvoi Merdeka Jalur Gemilang yang menjelajah ke seluruh negara. “Menerusi Konvoi ini tiada siapa boleh nafikan bahawa ia adalah simbol perpaduan, penyatuan hati dan kebersamaan dalam memacu kemakmuran negara yang kita cintai, konvoi yang menelusuri puluhan “Pit Stop” di seluruh negara berjumpa dengan masyarakat berbilang bangsa dan budaya.”

Raja Kamrul Bahrin (duduk) menurunkan tandatangan pada buku cenderahati KMJG di saksikan oleh Hj Swady (kiri) dan Pengarah Penerangan Terengganu Azahar Ismail (kanan)

Raja Kamrul Bahrin (duduk) menurunkan tandatangan pada buku cenderahati KMJG di saksikan oleh Hj Swady (kiri) dan Pengarah Penerangan Terengganu Azahar Ismail (kanan)

“tanggungjawab menyemarakkan semangat cintakan negara bukan saja dipikul oleh kerajaan semata-mata, malahan ia perlu digandingkan semua pihak terutamanya masyarakat dalam menyokong usaha ini” tambah beliau.

Sejurus selesai perasmian di  Kemaman, Raja Kamrul Bahrin turut menyertai konvoi ke lokasi persinggahan ke-2 di SJK (C) Kwang Hwa Kuala Dungun, Dungun. Kehadiran kenderaan Konvoi terdiri daripada motosikal berkuasa tinggi dan kenderaan pacuan empat roda yang dihias indah dengan Jalur Gemilang telah membangkitkan keterujaan orang ramai disepanjang laluan konvoi di pekan Dungun, terutamanya pelajar sekolah.

Persembahan istimewa gendang 24 musim pelajar SJK (C) Kwang Hwa menarik perhatian peserta konvoi dan ibu bapa

Persembahan istimewa gendang 24 musim pelajar SJK (C) Kwang Hwa menarik perhatian peserta konvoi dan ibu bapa

Peserta konvoi juga disambut dengan dua persembahan istimewa pelajar di sekolah SJK (C) Kwang Hwa iaitu persembahan Gendang 24 musim dan persembahan yoyo cina atau dikenali sebagai diabola, lebih menaraik ianya dipersembahkan oleh pelajar sekolah darjah dua hingga enam dengan senyuman yang sentiasa tersemat dibibir mereka.

Kenderaan pacuan empat roda Jabatan Penerangan dihiasi dengan Jalur Gemilang tarik perhatian ramai

Kenderaan pacuan empat roda Jabatan Penerangan dihiasi dengan Jalur Gemilang tarik perhatian ramai

Esok konvoi akan singgah di dua lokasi lagi di negeri ini iaitu Universiti Sultan Zainal Abidin dan Perpustakaan Awam Setiu sebelum meneruskan perjalanan ke Negeri Kelantan.

Tinggalkan komen anda