Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPerak

Konvoi Bawa Semangat Jalur Gemilang

By 26 Ogos 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Siti Asmah Mat Ali (Ipoh)

IPOH, 26 Ogos (Malaysiaaktif) – Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2019 Peringkat Negeri Perak memulakan perjalanan hari kedua dengan pelepasan disempurnakan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Datuk Iskandar Dzulkurnain Abdul Khalid, di perkarangan Bangunan Darul Ridzuan sebentar tadi.

Iskandar teruja melepaskan peserta konvoi kerana ini merupakan kali pertama Kembara Merdeka Jalur Gemilang Peringkat Negeri diadakan di Perak

“Kita berharap agar perjalanan konvoi ini selamat tiba ke destinasi yang dituju, dan juga terima kasih kerana membawa semangat kibarkan Jalur Gemilang,” ujar Iskandar ketika pelepasan konvoi dilakukan.

Konvoi yang disertai oleh 25 kenderaan daripada pelbagai agensi dengan diketuai oleh Jabatan Penerangan Perak, dan juga sembilan buah motosikal berkuasa tinggi daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan juga Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Perak, akan meneruskan kembara ke Sungai Siput.

Rangkuman perjalanan konvoi hari ini meliputi empat hentian iaitu Dewan Arena Sungai Siput, Majlis Daerah Lenggong, Kg Tasik Pengkalan Hulu dan juga Tasik Takong Pengkalan Hulu.

-SH

Tinggalkan komen anda