Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Kerjasama JAPEN dan NGO Semarakkan Kempen Kibar Jalur Gemilang

By 26 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto:  Robin Junang / Mohamad Norhasmin Mohamad Nor (Kuching)

SIBU, 26 Ogos (Malaysiaaktif) –  Kerjasama yang erat antara Jabatan Penerangan (JaPen) Daerah Sibu dengan beberapa NGO memberi kejayaan begitu bermakna  dalam penganjuran  Kempen Kibar Jalur Gemilang  Peringkat Daerah Sibu.

Antara NGO yang terlibat ialah Persatuan Komuniti Sibu diketuai oleh Amy, kelab-kelab kereta dan motosikal serta orang ramai telah memeriahkan suasana sambutan di kedua-dua lokasi.

Penglibatan tiga wakil rakyat Pakatan Harapan juga turut menginspirasi  kejayaan penganjuran ditambah lagi dengan  penyertaan  beberapa pertubuan bukan kerajaan (NGO)  di dalam  konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG).

Simbolik memotong Kek Merdeka dilakukan secara beramai-ramai oleh para tetamu kehormat dan ketua-ketua jabatan

Simbolik memotong Kek Merdeka dilakukan secara beramai-ramai oleh para tetamu kehormat dan ketua-ketua jabatan

Lebih kurang  500 peserta menjayakan konvoi KMJG  terdiri daripada 15 buah motosikal berkuasa tinggi,  40 buah motosikal berkuasa rendah dan 20 buah kereta berhiaskan Jalur Gemilang dan bendera Negeri Sarawak.

Perlepasan  konvoi  di Dataran Tuanku Haji Bujang Sibu Fasa Dua  disempurnakan oleh Ahli Parlimen Lanang, Alice Lau. Konvoi kemudian bergerak mengelilingi  Kampung Dato, Kampung Hilir, Jalan Awang Ramli Amit, pusat bandar Sibu dan berakhir di Sibu Heritage Centre di sambut oleh Ahli Parlimen Sibu,  Oscar Ling.

Di samping itu, pelbagai aktiviti telah dijalankan di Sibu Heritage Centre.sejak awal pagi antaranya ialah Pertandingan Mewarna bertemakan Sayangi Malaysiaku; Malaysia Bersih, deklamasi sajak oleh Syazwan, Kuiz Kenegaraan, nyanyian dari kumpulan Street Buskers serta persembahan artis tempatan.

Ucapan perasmian, Oscar Ling berharap kempen ini dapat meningkatkan semangat patriotik dan rasa kecintaan kepada negara dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum dan agama.

“Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang sama ada di rumah atau di premis perniagaan, di kampung dan sebagainya sepanjang sambutan Bulan Kebangsaan,” ujar beliau.

Persembahan dari Street Buskers bagi  memeriahkan suasana sambutan  di Sibu Heritage Centre

Persembahan dari Street Buskers bagi memeriahkan suasana sambutan di Sibu Heritage Centre

Bagi Pegawai Penerangan Daerah Sibu, Ivy  Stephen Sekai merasa amat gembira kerana berjaya mengelola program ini. Beliau mengucapkan terima kasih di atas kerjasama erat yang dihulurkan oleh semua pihak di dalam menjayakanya.

Pada akhir  majlis, acara  memotong Kek Merdeka  dilakukan secara beramai-ramai oleh tetamu-tetamu kehormat serta ketua-ketua jabatan disusuli dengan  penyampaian hadiah kepada semua pemenang pertandingan.

Turut hadir ADUN Bukit Assek, Irene Chang Oi Ling,  Pegawai Penerangan Daerah Sibu, Ivy Stephen Sekai, wakil Pejabat Residen dan Pejabat Daerah Sibu dan ketua-ketua Jabatan Persekutuan.

Tinggalkan komen anda