Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

LDOS Sertai Konvoi KMJG di Lahad Datu

By 26 Ogos 2019Tiada komen3 minit bacaan

Laporan/foto: Fauzrina Bulka/Azman Jumat (Kota Kinabalu)

LAHAD DATU,26 Ogos (Malaysiaaktif) – Tidak lekang dek panas, tidak lapuk dek hujan, begitulah perumpamaan yang sesuai untuk kenderaan lama yang masih punya lingkungan peminatnya sendiri.

Masih gagah meluncur di jalan raya, malah turut sama meraikan hari kebangsaan bersama-sama dengan peserta Konvoi Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Peringkat Negeri Sabah pada hentian ke 13 di Kompleks Lahad Datu.

Abdul Malik Abdul Karim bersama kenderaan miliknya.

Abdul Malik Abdul Karim bersama kenderaan miliknya.

Mewakili Lahad Datu Old School (LDOS) iaitu sebuah kelab pemilik kereta lama, Abdul Malik Abdul Karim, berkata menjadi aspirasi kelab untuk sentiasa memberi sokongan dalam apa jua program kenegaraan.

Untuk menjiwai semangat yang tercetus pada bulan ini, dengan itu kami menyokong KMJG dengan menghantar tujuh buah kereta lama dalam perjalanan bermula dari Kompleks Sukan Lahad Datu hingga ke Kampung Cocos.

Mempamerkan pelbagai jenis kenderaan lama seperti Toyota, Mitsubishi, Mazda dan juga Mercedes Benz mereka turut membuka ruang kepada sesiapa sahaja untuk menjadi ahli dan mempunyai kereta lama keluaran 1984 dan sebelumnya.

HIAS... Ahli-ahli LDOS menghias kenderaan dengan Jalur Gemilang.

HIAS… Ahli-ahli LDOS menghias kenderaan dengan Jalur Gemilang.

“Kami turut membuka ruang untuk warga veteran menyertai kelab kami kerana masih ramai dari golongan ini yang memiliki kereta lama.

“Ternyata ahli-ahli veteran ini sangat menyokong setiap aktiviti yang dijalankan oleh kelab setiap tahun,”katanya.

Beliau juga mengakui penjagaan kereta lama memerlukan minat yang agak kental kerana kenderaan lama sebegitu agak sukar untuk mendapatkan alat ganti.

Kelab Mx Bersatu Lahad Datu turut menyertai Konvoi KMJG Lahad Datu

Kelab Mx Bersatu Lahad Datu turut menyertai Konvoi KMJG Lahad Datu

“Yang pasti kita perlu banyak berkomunikasi dengan rakan-rakan yang mempunyai minat sealiran seperti di laman sosial facebook ataupun laman sembang whatsapp untuk lebih mudah berkongsi ilmu dan pengetahuan.

“Namun begitu kita masih dapat membaik pulihnya walaupun secara berperingkat untuk penjagaannya.

“Setakat ini kos yang dikeluarkan untuk kereta saya sendiri lebih kurang RM5000 daripada segi enjin dan aksesori luaran dan dalaman,” katanya.

Jaujan ketika ditwmubual oleh pemberita

Jaujan ketika ditwmubual oleh pemberita

Pada 15 September nanti kelab LDOS akan menyertai konvoi Tawau Retro Day dengan menghantar sebanyak 15 buah kenderaan sebagai tanda sokongan sambutan Hari Malaysia.

Selepas singgah di Kampung Cocos untuk upacara penyerahan bendera kepada ketua komuniti, Konvoi KMJG Sabah meneruskan perjalanan ke Kunak dan di sambut dengan meriah oleh warganya beserta Pembantu Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Norazlinah Arif yang juga ADUN N.51 Kunak.

Konvoi kemudiannya di teruskan ke daerah Semporna dan disambut ketibaan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Jaujan Sambakong yang turut berkesempatan mengagihkan bendera kepada pemilik-pemilik premis dan juga pemilik kenderaan yang melalui pekan.

Ketua Konvoi KMJG Bersama kanak-kanak di Kunak

Ketua Konvoi KMJG dan Norazlimah bersama kanak-kanak di Kunak

Konvoi KMJG kemudiannya meneruskan perjalanan sejauh 78 kilometer lagi menuju ke Balung yang juga merupakan lokasi terakhir untuk hari ke 13 dan disambut oleh ADUN N.55 Balung, Datuk Osman Jamal.

Pada ucapannya untuk para peserta, Osman berkata perjalanan Konvoi KMJG ke Balung ini telah membawa satu semangat yang membara kepada penduduk sekitar.

“Kembara ini bukan satu perjalanan yang biasa, ia adalah satu perjalanan sebagai anak Malaysia yang cintakan negara kita.

“Perjalanan dan semangat membara yang anda semua bawa sangat diperlukan untuk menyatupadukan kita rakyat Malaysia.

Peserta Konvoi KMJG Sabah bersama masyarakat di Balung, Tawau.

Peserta Konvoi KMJG Sabah bersama masyarakat di Balung, Tawau.

“Oleh itu sebagai pahlawan yang membawa Jalur Gemilang daripada Kota Kinabalu hingga ke Balung ini, para peserta wajar diberikan satu tepukan yang paling gemuruh sebagai tanda menghargai jasa mereka,“kata Osman.

Osman turut mengajak masyarakat Balung untuk menyusun barisan dan bersatu padu, tidak kira bangsa, agama, budaya dan fahaman bahawa kemajuan yang dicapai di negara ini khasnya di Sabah bukan kerana individu tetapi adalah kerana semangat membara sebagai rakyat Malaysia yang merdeka.

ER

Tinggalkan komen anda