Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Program Sambutan Ambang Merdeka Ke-62 Peringkat Daerah Barat Daya Meriah

By 26 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/ foto: S.Shalene/ Azimee (Barat Daya)

BALIK PULAU, 26 Ogos (Malaysiaaktif) – Program Sambutan Ambang Merdeka Ke 62 Peringkat Daerah Barat Daya telah diadakan di Padang SMK Bayan Lepas malam semalam.

Program yang dianjurkan oleh Pejabat Ahli Parlimen Balik Pulau ini mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran seramai lebih 500 orang penduduk dari sekitar kawasan Parlimen Balik Pulau dan Bayan Baru. Hadir merasmikan program ini adalah Timbalan Menteri Pelancongan Seni & Budaya Merangkap Ahli Parlimen Balik Pulau, Muhammad Bakhtiar Bin Wan Chik.

Dalam ucapan Bakhtiar menyatakan bahawa objektif program ini dianjurkan  adalah untuk menyuntik kesedaran awal (Early awareness) kepada rakyat mengenai sambutan Bulan Kebangsaan serta kempen mengibarkan jalur gemilang di setiap premis perniagaan serta kediaman bagi menyemarak dan menggelorakan semangat patriotik dan cintakan negara secara menyeluruh. Masyarakat di seluruh negara melalui gerakan akar umbi (Groundswell) dan  menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan yang ke-62 pada tahun ini.

Penglibatan pelbagai kaum dalam program ini secara tidak langsung menunjukkan semangat perpaduan dan cintakan negara ketika masyarakat berdepan dengan isu-isu sensitif di media sosial yang secara tidak langsung boleh menggugat perpaduan dan masalah perkauman.

Pada program itu, pelbagai aktiviti telah diadakan sebagai satu pendekatan kepada semua supaya mereka menyedari betapa pentingnya kemerdekaan. Majlis diserikan dengan persembahan Pengisahan Kenegaraan yang mengisahkan tentang perjuangan Leftenan Adnan dan pasukannya menentang pengganas komunis yang penuh dengan mesej supaya generasi muda dapat memahami bagaimana perjuangan tokoh-tokoh terdahulu demi menuntut kemerdekaan negara.

Persembahan Pengisahan Kenegaraan

Persembahan Pengisahan Kenegaraan

Menurut Amirul 25, penduduk Kampung Seronok, Bayan Lepas, program sebegini wajar diteruskan pada masa akan datang memandangkan ianya mendapat sambutan yang meriah sekali.

Antara acara yang diadakan pada malam tersebut adalah pertunjukan pencak silat, persembahan pengisahan kenegaraan, nyanyian lagu patriotik dan banyak lagi.

-II-

Tinggalkan komen anda