Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Merdeka@Komuniti Semarakkan Semangat Kemerdekaan

By 19 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/ foto: Khairunnisa Abd Rahman/ Mastika Hablum (Jasin)

JASIN,Β 19 Ogos (Malaysiaaktif) – Sakit terlantar, kelainan upaya mahu pun hidup dalam keadaan serba kurang bukanlah penghalang, bahkan tidak pernah meluntur semangat kemerdekaan bagi kesemua 40 keluarga yang ditemui dalam program Merdeka@Komuniti Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai dan Serkam, baru-baru ini.

Penyelaras DUN Serkam Muhammad Khomeini Kamal.

Penyelaras DUN Serkam Muhammad Khomeini Kamal.

Warga Emas, Mansor Mohd, 72, yang ditemui di Kampung Batu Gajah, Sungai Rambai masih bersemangat melaungkan kalimah keramat ‘Merdeka’ sambil memegang Jalur Gemilang walaupun sakit terlantar akibat kemalangan.

“Saya ingin ucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia, kita sambut merdeka nanti, kibarkanlah Jalur Gemilang macam saya ni,” kata Mansor penuh semangat.

Penyelaras DUN Sungai Rambai, Azalina Abdul Rahman (kanan).

Penyelaras DUN Sungai Rambai, Azalina Abdul Rahman (kanan).

Konvoi Merdeka@Komuniti yang dianjurkan Jabatan Penerangan Negeri Melaka dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) telah dilancarkan pada 15 Ogos 2019 di DUN Sungai Rambai dan konvoi seterusnya menjelajah seluruh Daerah Jasin.

Penyelaras DUN Sungai Rambai, Azalina Abdul Rahman amat berbesar hati berkolaborasi dengan Jabatan Penerangan dalam merealisasikan program ini.

“Saya berpendapat, program sebegini perlulah diperbanyakkan bukan sekadar setahun sekali kerana usahasama pihak JAPERUN dan agensi kerajaan sebegini menampakkan hubungan baik, serta mendekatkan diri dengan masyarakat umumnya.

“Bertepatan dengan bulan kemerdekaan, kunjungan dan simbolik penyerahan Jalur Gemilang menyemarakkan lagi semangat cintakan negara,” ujar Azalina.

Sementara itu Penyelaras DUN Serkam, Muhammad Khomeini Kamal juga sangat berpuas hati dengan komitmen daripada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan sukarelawan yang turut serta dalam program Merdeka@Komuniti hari ini.

“Program ini amat bagus dan saya turut mengambil maklum bantuan-bantuan yang diperlukan oleh keluarga yang kami ziarah,” ujar Muhammad.

-KN

Tinggalkan komen anda