Skip to main content
Berita TimurKelantan

Laungan ‘Malaysia Bersih’ Semarakkan Pelancaran Bulan Kebangsaan Negeri Kelantan

By 19 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto:Azhar HJ Ismail/Ariff Gizan,  (Kelantan) (Putrajaya)

KOTA BHARU, 19 Ogos (MalaysiaAktif) – Tiga kali laungan ‘Malaysia Bersih’ Ketua Konvoi KMJG disambut bersemangat oleh semua tetamu dan hadirin di Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Peringkat Negeri Kelantan 2019 di RTC Tunjong pagi Jumaat kelmarin.

Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Negeri Kelantan 2019 dianjurkan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan.

Kerjasama ini merupakan kesinambungan penganjuran tahun kedua selepas peralihan Kerajaan Persekutuan yang baharu. Penganjuran secara bersama antara Jabatan Penerangan Malaysia Kelantan (JaPen)selaku agensi peneraju bersama Kerajaan Negeri Kelantan adalah satu gambaran keharmonian dan keterbukaan pentadbiran Persekutuan dalam memupuk serta merealisasikan Gagasan Kemakmuran Bersama khususnya dalam aspek meraikan demokrasi secara matang dan kecintaan kepada negara tanpa batasan politik.

Majlis pelancaran telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Teknologi, Datuk Dr Mohamed Fadzli Datuk Haji Hassan, yang mewakili Menteri Besar Kelantan.

Datuk Dr Mohamed Fadzli, menandatangani Buku Autograf KMJG 2019 dengan disaksikan Ketua Konvoi  Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean (Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri) serta Lim Ann Teck

Mohamed Fadzli, menandatangani Buku Autograf KMJG 2019 dengan disaksikan Ketua Konvoi Tengku Mohamed Faziharudean serta Lim Ann Teck

“Kemerdekaan sesebuah negara adalah nikmat terbesar kurniaan Allah yang bukan semua manusia dapat merasainya,” ujar Mohamed Fadzli semasa membacakan teks ucapan Menteri Besar Kelantan.

Mohamed Fadzli juga berkata semangat kemerdekaan ini wajar dihayati oleh semua masyarakat tanpa perbezaan politik. “Ucapan Ketua Konvoi KMJG yang menggunakan dialek Kelantan, amat menyentuh perasaan saya dan sangat terkesan,” ujar Mohamed Fadzli lagi.

Beliau juga melahirkan penghargaan terima kasih kepada JaPen Kelantan selaku agensi peneraju dan berbangga dengan komitmen yang tunjukkan oleh ketua-ketua jabatan agensi persekutuan serta negeri yang hadir dan melaungkan slogan ‘Malaysia Bersih’.

Turut disajikan dalam pengisian acara adalah senamrobik, peraduan mewarna kanak-kanak, persembahan koir, demonstrasi T-Baton dan senario banteras jenayah oleh PDRM serta pertunjukan seni pertahanan diri Silat Cekak Hanafi.

Ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri serta wakil

Ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri serta wakil

Kemuncak majlis pelancaran ialah acara ‘flag off’ konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) yang akan meneruskan pengembaraan ke hentian seterusnya di Bukit Bunga, Tanah Merah sebelum meneruskan pengembaraan menuju utara tanah air.

Konvoi KMJG pada hari ke-9 ini diketuai oleh Pengarah Bahagian Komunikasi Visual JaPen Putrajaya, Mohd Rofee Mohamad.

Rofee turut melahirkan rasa terima kasih di atas sambutan dan semangat yang ditunjukkan oleh rakyat Kelantan dalam menyemarakkan Sambutan Bulan Kebangsaan pada kali ini tanpa berperbezaan fahaman politik.

– NAZ

Tinggalkan komen anda