Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Pelajar Perlu Bijak Tapis Maklumat

By 21 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Rusmiza Anuar (Dungun)/ Shuhaimi Ahmad (Kuala Terengganu)

DUNGUN, 21 Ogos (Malaysiaaktif) – Menjengah bulan Ogos saban tahun, seluruh sekolah di pelusuk negara akan menggelorakan semangat patriotisme dengan pelbagai pengisian  aktiviti yang unik dan kreatif sempena Sambutan Bulan Kebangsaan.

Pejabat Penerangan Daerah Dungun dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Dungun telah melancarkan sambutan Bulan Kebangsaaan yang bermula pada 20 Ogos hingga 15 September 2019.

Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Terengganu, Encik Azahar Ismail ketika merasmikan program itu merasa bangga atas semangat patriotisme yang dipamerkan oleh warga SMK Seri Dungun dalam menggelorakan sambutan Bulan Kebangsaan 2019. Beliau juga mengingatkan bahawa tapisan maklumat daripada masyarakat termasuk pelajar sangat diperlukan bagi menangani cabaran ledakan maklumat yang belum tentu kesahihannya terutamanya melalui medium media sosial.

Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Terengganu, Azahar Ismail menandatangani gegantung perasmian  Program Pelancaran Bulan Kebangsaan 2019

Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Terengganu, Azahar Ismail menandatangani gegantung perasmian Program Pelancaran Bulan Kebangsaan 2019

“Hari ini kita akan bertemu Revolusi Perindustrian pada tahap keempat dan pastinya liku kehidupan sukar untuk kita jangkakan. Namun, setiap cabaran perlulah kita lalui dengan bijaksana dan menjauhi perbuatan menyebarkan berita palsu yang boleh menimbulkan perselisihan dalam kalangan masyarakat seterusnya menggugat keharmonian Negara,” katanya.

Bagi Pengetua SMK Seri Dungun, Che Zaliha Ibrahim pula, beliau menyeru agar pelajar “Merdeka daripada ketagihan gajet.”

Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Terengganu, Azahar Ismail (bertopi) bersama warga SMK Seri Dungun mengibarkan Jalur Gemilang pada Program Pelancaran Bulan Kebangsaan 2019.

Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Terengganu, Azahar Ismail (bertopi) bersama warga SMK Seri Dungun mengibarkan Jalur Gemilang pada Program Pelancaran Bulan Kebangsaan 2019.

Remaja sering menghabiskan masa yang banyak dengan bersosial secara maya menggunakan gajet masing-masing dan aplikasi di dalamnya yang cukup mengasyikkan membuatkan pelajar mengabaikan masa yang produktif seperti masa mengulangkaji pelajaran. Seharusnya pada masa ini, pelajar-pelajar perlu memandang jauh dan memikirkan masa depan yang lebih baik dan persediaan perlulah bermula dari sekarang.

Warga SMK Seri Dungun bersemangat mengibarkan Jalur Gemilang pada  Program Pelancaran Bulan Kebangsaan 2019

Warga SMK Seri Dungun bersemangat mengibarkan Jalur Gemilang pada Program Pelancaran Bulan Kebangsaan 2019

Pelbagai pengisian menarik sepanjang sambutan antaranya pertandingan kuiz sejarah, pertandingan puisi patriotik, pertandingan melukis Jalur Gemilang, potret tokoh dan pertandingan sukan. Setiap pengisian yang direncanakan melalui Kelab MalaysiaKu amat penting dalam memupuk semangat jati diri generasi muda yang teguh pendiriannya serta mempunyai pemikiran yang kritikal dan kritis dalam memastikan wujud ‘tiang-tiang’ yang kukuh dan ampuh dalam memacu kemajuan negara berlandaskan lima prinsip Rukun Negara.

Turut sama hadir pada program tersebut ialah Pegawai Penerangan Daerah, Rusmiza Anuar dan Yang  DiPertua PIBG SMK Seri Dungun, Saleh Samat.

-II-

Tinggalkan komen anda