Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Perpaduan dan Keharmonian Pupuk Jati Diri

By 22 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/ foto:  Musliha Yusof, Latifah Salleh /Nur Ezzaty Razimi (Muar)

MUAR, 21 Ogos ( Malaysiaaktif) – Kanak-kanak merupakan modal insan yang penting kepada pertumbuhan negara manakala aktiviti sukan merupakan satu bentuk terapi yang berkesan dalam memupuk nilai-nilai positif seperti semangat berpasukan dan semangat juang yang tinggi selain membina kekuatan diri dari segi  fizikal dan emosi.

Pada tahun ini buat julung kalinya Larian Tunas Merdeka Tabika Perpaduan Daerah Muar telah diadakan bersempena dengan sambutan Bulan Kebangsaan bagi meningkatkan kecergasan di kalangan kanak-kanak selain menanamkan semangat patriotisme di kalangan golongan cilik ini yang berlari sambil membawa Jalur Gemilang.

Aktiviti sukan merupakan terapi bagi memupuk nilai-nilai positif dan semangat berpasukan.

Aktiviti sukan merupakan terapi bagi memupuk nilai-nilai positif dan semangat berpasukan.

Ini adalah satu usaha untuk menyemarakkan lagi perasaan cintakan negara yang perlu sentiasa dipupuk dan disemai di dalam diri anak-anak sejak kecil lagi agar mereka akan sentiasa menghayati dan  menghargai keharmonian  yang dikecapi selepas negara mencapai kemerdekaan pada 1957.

Bersempena dengan sambutan bulan kebangsaan pelbagai pengisian telah disusun antaranya Larian Tunas Merdeka, Deklamasi Sajak dan Persembahan Pakaian Tradisional.

Golongan cilik mengibarkan Jalur Gemilang dalam mempamerkan semangat patriotisme dan perasaan bangga terhadap Jalur Gemilang yang merupakan lambang kemegahan negara.

Golongan cilik mengibarkan Jalur Gemilang bagi mempamerkan semangat patriotisme dan perasaan bangga terhadap Jalur Gemilang yang merupakan lambang kemegahan negara.

Sri Dewi Raja, 36, ibu kepada salah seorang peserta larian meluahkan perasaan teruja dapat berkumpul bersama-sama  400 orang kanak-kanak dan ibu bapa dari pelbagai kaum yang melibatkan 23 buah Tabika Perpaduan Daerah Muar.

Pegawai Daerah Muar Mohd Hafiz Ahmad turut menyokong aktiviti ini dan berkata, “Aktiviti sebegini merupakan satu usaha yang perlu dipupuk di dalam kalangan kanak-kanak bagi memastikan mereka mengamalkan gaya hidup sihat”.

Penyertaan kanak-kanak dalam menggayakan pakaian tradisional.

Penyertaan kanak-kanak dalam menggayakan pakaian tradisional.

“Acara ini secara tidak langsung akan akan mewujudkan jati diri yang sihat serta melahirkan semangat juang yang tinggi dalam usaha mereka untuk menamatkan larian disamping dapat menanam serta memupuk rasa cinta akan negara dalam diri sendiri,” tambahnya lagi.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Maharani, Hayati Bachok.

-NI-

Tinggalkan komen anda