Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

SEDCO Tingkat Kesedaran Usaha Derma Darah

By 7 Ogos 2019Tiada komen3 minit bacaan

Laporan/foto: Norliza Yusof/ Nurhamizah Yusoff/ Marusin Minuddin (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 7 Ogos (Malaysiaaktif) – Fobia pada jarum suntikan, darah dan sakit bukan alasan untuk tidak menderma darah kerana hospital-hospital di Malaysia pada masa kini semakin kekurangan bekalan.

Antara penderma darah yang menderma pada program tersebut.

Antara penderma darah yang menderma pada program tersebut.

Apapun alasan yang diberikan, sudah tiba masanya masyarakat perlu mempunyai kesedaran kerana sememangnya menderma darah bukan sahaja dapat membantu orang yang memerlukan tetapi memberi manfaat kepada diri mereka sendiri.

Menyedari amalan ini adalah suatu perbuatan dan usaha yang murni serta banyak kebaikannya, orang ramai mula terpanggil ke hadapan untuk menderma darah.

Khairulnizam Kassim.

Khairulnizam Kassim.

Salah seorang penderma, Khairulnizam Kassim, 40, berkata dengan menderma darah kita dapat membantu menyelamatkan nyawa tanpa mengira agama dan budaya, juga dalam masa yang sama turut melakukan amal jariah dan beroleh pahala kerana membantu orang yang memerlukan.

“Selain itu, banyak faedah kesihatan yang boleh kita dapat apabila menderma darah antaranya akan mengurangkan risiko jantung dan kanser, memiliki kesihatan yang lebih baik dan banyak lagi faedah lain.

Petugas-petugas PERDARAH semasa program Jelajah Kempen Derma Darah Kumpulan SEDCO.

Petugas-petugas PERDARAH semasa program Jelajah Kempen Derma Darah Kumpulan SEDCO.

“Diharap aktiviti-aktiviti yang memberi kesedaran mengenai kepentingan menderma darah akan terus diadakan bagi menggalakkan orang ramai untuk terus menderma untuk memastikan bekalan darah di hospital sentiasa mencukupi serta menampung keperluannya,” jelas Khairulnizam.

Manakala bagi Shawn Melvin Palencia, 38, yang sudah menderma darah sebanyak 36 kali, berkata ini adalah merupakan tanggungjawab bagi setiap individu yang berkeupayaan untuk menderma bagi menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukan.

Shawn Melvin Palencia

Shawn Melvin Palencia

“Dimaklumkan setiap satu pint darah yang didermakan berupaya menyelamatkan tiga nyawa dan saya sangat gembira serta berbesar hati kerana dapat menghulurkan bantuan yang tidak seberapa ini.

“Diharap dengan sumbangan kecil ini dapat membantu mereka untuk meneruskan kehidupan kerana kita tidak tahu mungkin esok kita juga memerlukan bantuan seperti mereka,” ujarnya.

Antara penderma darah yang menderma pada program tersebut.

Antara penderma darah yang menderma pada program tersebut.

Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) mengambil inisiatif menganjurkan program Jelajah Kempen Derma Darah 2019 (JKDDKS) dengan bertemakan ‘Setitis Darah Sejuta Harapan’.

Pengerusi SEDCO, Datuk Dr. Richard Sakian Gunting berkata, program JKDDKS ini juga adalah salah satu usaha Kumpulan Sedco bagi membantu hospital dalam mengatasi masalah kekurangan bekalan darah.

Richard semasa memberikan ucapan.

Richard semasa memberikan ucapan.

Katanya, Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ini adalah bagi menghulurkan bantuan dan memberikan kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan dan kebaikan menderma darah.

“Inisiatif penganjuran kali kedua kumpulan ini juga bertujuan untuk memupuk sifat penyayang dan sedia menolong di kalangan masyarat tempatan di Sabah.

Petugas-petugas PERDARAH semasa program Jelajah Kempen Derma Darah Kumpulan SEDCO.

Petugas-petugas PERDARAH semasa program Jelajah Kempen Derma Darah Kumpulan SEDCO.

“Program ini amat bermakna dan di harap dapat memberikan kesedaran yang positif kepada semua golongan masyarakat.

“Tahniah dan terima kasih juga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini dan di harap Kempen JKDDKS 2019 ini berjaya memberikan kesedaran yang positif kepada semua golongan masyarakat,” katanya ketika menyampaikan ucapan dalam majlis penutupan Jelajah Kempen Derma Darah Kumpulan SEDCO, baru-baru ini.

JKDDKS 2019 di daerah Lahad Datu

JKDDKS 2019 di daerah Lahad Datu

Pada JKDDKS 2019 kali ini Sedco berjaya mengumpul sebanyak 937 pain darah berbanding 735 pain darah yang dikumpul pada anjurannya yang pertama pada 2017.

Menurut Richard, sesi jelajah masih dikekalkan sama seperti lokasi JKDDKS yang lepas iaitu di Sandakan, Lahad Datu, Tawau dan Kota Kinabalu.

Richard (tiga dari kanan) bersama Pengiran Saifuddin (tiga dari kiri) bergambar kenangan bersama ahli jawatankuasa program tersebut.

Richard (tiga dari kanan) bersama Pengiran Saifuddin (tiga dari kiri) bergambar kenangan bersama ahli jawatankuasa program tersebut.

“Sesi pertama JKDDKS bermula di bahagian Sandakan pada 14 Julai 2019 bertempat di Harbour Mall telah berjaya mengumpul sebanyak 104 pint darah.

“Manakala jelajah kedua di Lahad Datu pada 21 Julai lepas pula mencatat rekod kutipan derma terbanyak antara semua lokasi jelajah iaitu sebanyak 300 pint darah.

“Pada sesi ketiga JKDDKS yang bertempat di Eastern Plaza, Tawau bermula dari 27 dan 28 Julai lalu pula telah berjaya mengumpul sejumlah 306 pint darah,” katanya.

Program Jelajah Kempen Derma Darah Kumpulan SEDCO turut mengadakan pelbagai aktiviti menarik sepanjang program tersebut antaranya cabutan bertuah, Wheel of Fortune, Mystery Donor, pertandingan mewarna dan sebagainya.

Hadir sama pada majlis penutupan tersebut, Pengurus Besar Kumpulan SEDCO, Datuk Pengiran Saifuddin Pengiran dan Presiden Pertubuhan Komuniti Penderma Darah (PerDarah), Firdaus Petrus Abdullah.

ER

Tinggalkan komen anda