Skip to main content
Berita Sabah & LabuanMASabah

Golongan B40 di Galak Terlibat Dalam PKS

By 20 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Sherley Emjus/Johnny Joklis (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 20 Ogos (Malaysiaaktif) – Kerajaan menggalakkan golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) terlibat dalam perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi menambah pendapatan mereka.

Salah seorang peserta menyampaikan persembahan dalam majlis penutupan seminar.

Salah seorang peserta menyampaikan persembahan dalam majlis penutupan seminar.

Timbalan Ketua Menteri Merangkap Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew berkata, antara bidang yang boleh diusahakan oleh golongan B40 adalah perniagaan dalam pertanian.

“Kita dapati golongan B40 ini boleh digerakkan melalui PKS terutamanya dalam bidang pertanian.

Liew (kiri) menyampaikan hadiah kepada pemenang bagi pertandingan mencipta slogan paling kreatif.

Liew (kiri) menyampaikan hadiah kepada pemenang bagi pertandingan mencipta slogan paling kreatif.

“Seperti yang kita sedia maklum, Sabah sememangnya kaya dengan sumber alam semula jadi, maka terpulang kepada para peserta untuk merancang dan memulakan langkah bagi menerokai sumber-sumber tersebut.

“Antara bidang lain yang boleh diterokai adalah dalam bidang pelancongan, kraf tangan, makanan, peruncitan, perkebunan, penghasilan sumber laut, perhutanan dan lain-lain,” ujarnya.

Kenangan... wakil agensi kerajaan yang telibat bergambar kenangan bersama Liew.

Kenangan… wakil agensi kerajaan yang telibat bergambar kenangan bersama Liew.

Tambah Liew, kerajaan melalui pelbagai agensi akan sentiasa memberi bimbingan dan bantuan yang sesuai dengan perusahaan para peserta sebagai usaha meningkatkan pendapatan dan taraf hidup mereka.

Liew berkata demikian pada majlis penutupan Seminar Usaha dan Niaga di Dewan Semarak, Wisma Dang Bandang pada Isnin.

Para peserta seminar merakamkan gambar kenangan bersama Liew (tengah).

Para peserta seminar merakamkan gambar kenangan bersama Liew (tengah).

Seramai 120 orang peserta menyertai seminar tersebut yang dianjurkan oleh Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) N15 Api-Api dengan kerjasama Pejabat Penerangan Bahagian Pantai Barat Sabah (PBS).

Hadir sama ialah Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan & Kewangan JaPen Sabah, Patrick Laing Ngau dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kawasan Dun Api-Api, Grace Lee.

ER

Tinggalkan komen anda