Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Ragbi, Orienteering Wakil Sabah ke MAKSAK

By 21 Ogos 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/Foto: Yaakob Hamud/Jeffren Malaning (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 21 Ogos (Malaysiaaktif) – Timbalan Yang Dipertua Majlis Sukan dan Kebajikan Anggota Kerajaan (MAKSAK) Sabah, Datuk Nordin Siman menyerahkan bendera Sabah kepada Pengurus Pasukan Ragbi, Mohd Haniff Abdullah dan Pengurus Orienteering, Suhairullah Omar Ramih, pada Selasa.

Upacara berkenaan diadakan di Bilik Mesyuarat Mayor, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sebelum dua kontijen berkenaan bertolak ke Johor bagi mengikuti kejohanan Ragbi 7 Sebelah dan Orienteering pada 22 hingga 25 Ogos ini.

Nordin yang juga Mayor Dewan Bandar Raya Kota Kinabalu (DBKK) mengingatkan semua pemain untuk menjaga nama baik MASAK Sabah dan bertanding dengan sihat bagi kedua-dua perlawanan tersebut.

Tambah Nordin, penyertaan pasukan Ragbi dan Orienteering dalam pertandingan berkenaan juga dapat mengeratkan hubungan kakitangan penjawat awam Sabah dan Semenanjung.

Turut hadir pada upacara berkenaan ialah Setiausaha Kehormat MAKSAK Sabah, Justine Barumban dan Jurulatih, Rezam Laugan.

ER

Tinggalkan komen anda