Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Tanamkan Semangat Cintakan Negara kepada Generasi Muda

By 9 Ogos 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/Foto:   Sapar Sutir (REMBAU) 

REMBAU, 9 Ogos (Malaysiaaktif) – Pejabat Penerangan Daerah Rembau dengan kerjasama  Kolej Komuniti Rembau telah mengadakan Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Kolej Komuniti di sini,  pagi tadi.

Objektif program ini adalah untuk mezahirkan rasa cinta pada negara yang bakal menyambut hari kebangsaan yang ke-62 pada 31 0gos nanti. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah Kolej Komuniti Rembau, Huzaimah Hashim.

Beliau menasihati para hadirin agar sentiasa bersemangat untuk mengibarkan Jalur Gemilang serta meraikan Hari Kebangsaan dengan semangat patriotik yang tinggi.

“Malaysia adalah tanah air kita semua maka kita perlu hayati tema Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih,” katanya ketika berucap merasmikan majlis itu.

Turut diadakan adalah sesi ceramah kenegaraan yang telah disampaikan oleh Pegawai Penerangan Daerah Rembau, Malini Yunus. Beliau berpesan kepada para pelajar agar tidak alpa dengan arus kemodenan negara hingga terlupa pengorbanan pejuang negara mempertahankan tanah air.

WhatsApp Image 2019-08-09 at 16.59.23

Malini ketika memberikan ceramah

“Kita perlu menanam iltizam dan memastikan semangat patriotisme serta perpaduan yang terjalin hasil daripada keharmonian semua kaum kekal dan terjamin. Kita tidak mahu nikmat merdeka yang telah dikecapi terkubur begitu sahaja kerana kita tidak bersungguh-sungguh untuk memeliharanya. Semangat patriotisme dan cintakan negara seharusnya berterusan dalam setiap langkah kita,” katanya lagi.

“Kita wajar berasa bangga mengibarkan Jalur Gemilang di mana saja bagi membuktikan semangat cintakan negara dengan ikhlas,” tambah Malini dalam ceramahnya.

Seramai 86 pelajar hadir untuk sama-sama memeriahkan majlis pelancaran berkenaan.

-AK

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda