Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Tol Percuma Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2019

By 28 Ogos 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Syed Hisham Shah (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 28 Ogos (Malaysiaaktif) – Pengguna Lebuhraya MEX akan menikmati perjalanan secara percuma sempena Sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini.

Menurut Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat dan Komersial Maju Expressway Sdn Bhd Saiful Bakhri Mohd Annuar, laluan percuma ini bermula pukul 12.00 tengah malam sehingga 11.59 malam 31 Ogos.

“Laluan tol percuma ini bertujuan untuk menyemarakkan sambutan hari bersejarah ini dan akan dinikmati oleh semua kelas pengguna lebuhraya, dan dijangka memberi manfaat kepada lebih 142,000 pengguna,” katanya menerusi satu siaran akhbar.

-SH

Tinggalkan komen anda