Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

1000 Jalur Gemilang Diedarkan Bagi Memupuk Semangat Cintakan Negara

By 1 September 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto : Mohd Yusof Abd. Samad (Tangkak)

TANGKAK, 1 Sept (Malaysiaaktif) – Komuniti Harapan Malaysia Ledang, Parlimen Ledang dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Tangkak telah mengadakan program mengedarkan 1000 Jalur Gemilang kepada pengguna jalan raya bersempena Sambutan Hari Kebangsaan 2019.

Program berbentuk konvoi bermotor ini melibatkan 16 buah motorsikal terdiri daripada ahli-ahli Komuniti Harapan Malaysia dan belia dari DUN Tangkak, Serom dan Gambir.

Konvoi bermotor ini turut diiringi lima buah kenderaan pacuan empat roda yang turut dinaiki Ahli Parlimen Ledang dan kakitangan Parlimen termasuk kakitangan Lion Club Tangkak.

Konvoi bermotor turut disertai para belia dari DUN Tangkak, Serom dan Gambir.

Konvoi bermotor turut disertai para belia dari DUN Tangkak, Serom dan Gambir.

Program ini diadakan bagi menyemarakkan lagi semangat cintakan negara bukan sahaja di kalangan belia malah pengguna jalan raya terutama penduduk Parlimen Ledang.

Para peserta konvoi berkumpul di hadapan Pejabat Parlimen Ledang dan bergerak ke destinasi pertama iaitu Stesen Bukit Kangkar dalam DUN Serom dengan diringi sebuah kereta peronda Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan seorang pegawai trafik bermotorsikal.

Seterusnya konvoi bergerak ke stesen minyak Petronas Bukit Gambir dan ke destinasi terakhir di stesen minyak Petronas Tangkak.

Syed Ibrahim Syed Noh menyantuni pengunjung Petronas Bukit Kangkar.

Syed Ibrahim Syed Noh menyantuni pengunjung Petronas Bukit Kangkar.

Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh  melekatkan Jalur Gemilang di kenderaan dan turut mengambil peluang beramah mesra dengan para pengguna jalan raya di ketiga-tiga stesen Petronas tersebut.

Norhayatie Mahbat, 51, yang sempat ditemubual menyatakan program seperti ini bukan sahaja dapat mendekatkan pemimpin dengan masyarakat malah dengan cara ini kita dapat menyelami erti kemerdekaan secara bersama dalam keadaan penuh harmoni.

“Sambutan Hari Kebangsaan 2019 ini menggambarkan perpaduan dan keharmonian yang dinikmati di negara ini walaupun berbeza kaum, agama mahupun fahaman politik,” ujar Syed Ibrahim Syed Noh semasa mengagihkan bendera kepada pengunjung Petronas Bukit Gambir.

Jika tiada perpaduan dan persefahaman antara kaum, tidak mungkin kita dapat merasai kebebasan seperti ini.  Ini adalah kekuatan dan kebanggaan kita, rakyat Malaysia.

-NI-

Tinggalkan komen anda