Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanMASabah

18 Sekolah DUN Bongawan di Baik Pulih Tahun Hadapan

By 19 September 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mohammad Abd Rahman/ Sukarni Asun (Papar)

BONGAWAN, 19 Sept (Malaysiaaktif) – 18 buah sekolah di DUN Bongawan akan di baik pulih dan dibina baharu tahun hadapan.

Dr. Daud (tengah) merasmikan majlis Penyerahan Tangki Air di Kg Viging Bongawan

Dr. Daud (tengah) merasmikan majlis Penyerahan Tangki Air di Kg Viging Bongawan

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Dr. Daud Yusof berkata tiga buah sekolah menengah dan 15 sekolah rendah akan menerima projek baik pulih serta pembinaan bangunan baharu yang di salur melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan masing-masing berharga RM 1 juta hingga RM3 juta mengikut spesifikasi masing-masing

“Baru-baru ini saya dimaklumkan oleh Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Datuk Dr. Yusof Yacob untuk membantu sekolah-sekolah daif di sini.

Dr Daud (tengah) menyerahkan peralatan tangki air kepada wakil penduduk Kg Viging (kanan)

Dr Daud (tengah) menyerahkan peralatan tangki air kepada wakil penduduk Kg Viging (kanan)

“Bagi baik pulih bangunan sekolah, projek berharga RM20 ribu akan di laksana dalam masa terdekat manakala bagi binaan bangunan sekolah baharu berharga RM500 ribu setiap satu, dilaksanakan tahun hadapan melalui Pejabat Pendidikan Daerah.

“Antara sekolah terlibat adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Viging, SK Sumbiling, SK Ulu Lumagar, Sk Mandahan, SK Pekan Bongawan, SK Kambizaan dan beberapa sekolah lain,” katanya yang juga Ahli DUN Bongawan pada Majlis Pembahagian 100 tangki air di Kg Viging, pada Rabu.

Tangki Air untuk penduduk kampung Ulu Bongawan

Tangki Air untuk penduduk kampung Ulu Bongawan

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan perkembangan projek penurapan jalan serta sistem perparitan berkonkrit yang dimulakan sejak April tahun lalu, daripada jajaran Kampung Lingan Lama ke Lingan Baru dijangka berakhir pada 2021.

“Ini ialah matlamat kerajaan mahu untuk membela rakyat yang masih jauh ketinggalan.

Dr. Daud ketika ditemui media.

Dr. Daud ketika ditemui media.

“Saya tidak mahu ada sikap pilih kasih serta mahu semua rakyat di kawasan Bongawan ini menerima pembangunan tanpa mengira fahaman politik,” katanya.

Pada majlis yang sama, Dr. Daud turut menyampaikan tangki air berserta kelengkapan kepada 100 orang pengguna air graviti dari mukim Ulu Bongawan hingga Kuala Pus, melibatkan Kampung Ulu Lumagar, Tibabar, Limpasu, Paliou, Ambatuan, Mendugi, Viging dan Sogian.

Turut hadir Pegawai Daerah Papar, Ghulam Rasul Habil; Penolong Pegawai Daerah Pembangunan, Agku Raimey Pg Abdul Rahman; Pemimpin Pembangunan Masyarakat Bongawan, Lionel Liechet Manuel serta pemimpin masyarakat setempat

ER

Tinggalkan komen anda