Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanMASabah

Tema Maal Hijrah Sinonim dengan Kitaran Hidup Manusia

By 19 September 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Fauzrina Bulka/Nadia Lawaji (Kota Kinabalu)

KUDAT, 19 Sept (Malaysiaaktif) – Tema Maal Hijrah “Negara Rahmah, Ummah Sejahtera” amat sinonim dengan kitaran kehidupan manusia kerana kedua-duanya harus saling berkolaborasi dengan baik.

ADUN N1 Banggi, Mohammad Muhamarin berkata, tidak wujud sebuah negara yang penuh rahmah jika umatnya tidak mengalami dan merasai kehidupan yang sejahtera.

“Begitu juga sebaliknya, hasrat melihat umat sejahtera itu tidak tercapai jika negara dalam keadaan kucar kacir, tidak aman dan jauh dari Rahmat Allah SWT.

Sapdin ketika menyampaikan ucapan.

Sapdin ketika menyampaikan ucapan.

“Oleh itu, saya menyeru marilah kita sama-sama kembali kepada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW sebagai pegangan dan panduan dalam kehidupan kita seharian.

“Ummah Sejahtera tentu sekali lahir dari susur galur masyarakat yang sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dan menjauhkan diri dari segala kezaliman, penindasan dan juga kerosakan.

“Ummah sejahtera itu mencakupi hubungan kekeluargaan yang terpelihara dan utuh, berilmu dan berakhlak serta kebajikan kesihatan dan keselamatan yang terjaga.

“Ciri-ciri ini perlulah di hadam dan dicerna oleh setiap Muslim bermula daripada pembangunan institusi rumah tangga hinggalah terlahirnya zuriat dan pembentukan masyarakat yang berpendidikan serta akhlak yang mulia sepertimana terjadinya pembentukan negara Islam di Madinah,”katanya.

Teks ucapan Mohammad disampaikan oleh Pegawai Daerah Kudat, Sapdin Ibrahim pada Majlis Perhimpunan Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Daerah Kudat bertempat di Dewan Tun Mustapha pada Selasa.

Tambahnya, bersempena dengan sambutan Maal Hijrah pada tahun ini, seharusnya kita mengambil iktibar di sebalik peristiwa hijrah Rasulullah SAW kerana padanya terhimpun seribu satu hikmah yang tersurat dan tersirat.

Ariff(dua dari kiri) ketika menerima anugerah daripada Sapdin(dua dari kanan).

Ariff(dua dari kiri) ketika menerima anugerah daripada Sapdin(dua dari kanan).

Katanya lagi, Umat Islam perlu menjadikan Rasulullah SAW sebagai panduan hidup dalam semua aspek kehidupan sama ada hidup berkeluarga, bermasyarakat, urusan perniagaan, politik, ekonomi, sosial dan sebagainya.

Pada majlis tersebut, Sapdin turut menyampaikan sijil dan wang tunai kepada tiga orang penerima anugerah iaitu Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah Daerah Kudat diterima oleh Mohamed Rajap @ Ariff Abdullah, Habiba Halil menerima Anugerah Saiyidatina Khadijah manakala Hajismail Abdul Gapak menerima Anugerah Halid Ibni Walid.

Turut hadir, Penolong Pegawai Daerah, Asdi @ Mohd. Faizal Hussin dan Pegawai Penerangan Daerah, Nadia Lawaji.

ER

Tinggalkan komen anda