Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan Di Selatan Tanah Air Meriah

By 19 September 2019Tiada komen3 minit bacaan

Laporan/foto : Musliha Yusof, Maisarah Mohd Khalid/Najib Mohaini

KLUANG, 19 Sept (Malaysiaaktif) – Majlis Penghargaan Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan 2019 Peringkat Negeri Johor telah berlangsung dengan penuh meriah di Dewan Serbaguna Taman Sri Kluang, Kluang, di sini, hari ini.

Terdapat 37 penyertaan bagi 8 kategori  dipertandingkan di peringkat Negeri Johor dengan setiap peserta mempamerkan pelbagai kreativiti yang unik dan menarik.

Pengarah Penerangan Negeri Johor, Zainudin Ismail menyatakan pertandingan ini memberi fokus utama kepada suasana keceriaan sambutan kemerdekaan serta kreativiti pengibaran Jalur Gemilang di kampung, bangunan dan juga premis masing-masing.

“Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk memberi pengiktirafan serta penghormatan kepada rakyat Malaysia sama ada secara individu mahu pun organisasi yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi dalam menyemarakkan lagi sambutan hari kemerdekaan negara,” ujarnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Mahkota, Muhammad Said Jonit menyatakan rasa kagum beliau dengan semangat positif yang ditunjukkan semua peserta dalam menyahut cabaran bagi menceriakan dan menyemarakkan Bulan Kebangsaan pada tahun ini.

Abu Bakar Sulaiman  yang berpakaian lengkap berkonsepkan Jalur Gemilang merupakan pemenang bagi kategori individu (kediaman).

Abu Bakar Sulaiman yang berpakaian lengkap berkonsepkan Jalur Gemilang merupakan pemenang bagi kategori individu (kediaman).

“Banyak idea unik dan kreatif dijana bagi menterjemahkan semangat patriotisme yang ada dalam diri masing-masing,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Penghargaan Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan 2019 Peringkat Negeri Johor, di sini, hari ini.

Seorang peserta, Abu Bakar Sulaiman, 75 berkata beliau mengambil masa lebih kurang dua bulan untuk menghias kediamannya bagi menyertai pertandingan ini untuk kategori individu (kediaman).

“Memandangkan saya sudah menjangkau usia emas, banyak cabaran yang dihadapi dalam menjana idea ketika menghias rumah dan persekitaran.

Namun kerana minat yang mendalam, saya gagahkan juga diri demi memberi semangat kepada anak-anak muda dalam menggelorakan sambutan Bulan Kebangsaan,” ujarnya dengan penuh semangat.

Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Husin, Endau Mersing telah dinobatkan sebagai juara bagi kategori sekolah menengah.

Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Husin, Endau Mersing telah dinobatkan sebagai juara bagi kategori sekolah menengah.

Bagi kategori keceriaan peringkat Sekolah Rendah, johan telah dimenangi oleh Sekolah Kebangsaan Laksamana, Kota Tinggi yang merupakan sekolah Ikon PIBK daerah Kota Tinggi.

Bibi Sakinah Harun, 58, guru besar sekolah ini memberitahu bahawa persiapan bagi pertandingan keceriaan ini mengambil masa hampir dua bulan.

“Kemenangan ini bukan sahaja atas kerjasama para guru, murid-murid dan ibu bapa namun ia juga melibatkan rakan-rakan strategik dan beberapa jabatan di sekitar daerah Kota Tinggi,” ujarnya yang sangat gembira dengan kemenangan ini.

Nor Aishah berpuas hati dapat menyertai pertandingan ini yang secara tidak langsung dapat menyemarakkan lagi semangat patriotisme di kalangan masyarakat setempat.

Nor Aishah berpuas hati dapat menyertai pertandingan ini yang secara tidak langsung dapat menyemarakkan lagi semangat patriotisme di kalangan masyarakat setempat.

Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Husin, Endau Mersing pula telah dinobatkan sebagai juara bagi kategori sekolah menengah.

Norazra Mohmad Sukor, 36 yang merupakan guru iringan dan juga penyelaras Kelab Malaysiaku di sekolah ini berasa sangat gembira kerana penyertaan kali pertama sekolah ini telah membawa berita gembira kepada semua yang bertungkus-lumus menghias sekolah dan kerjasama yang ditunjukkan oleh guru, kakitangan, pelajar dan ibu bapa telah membuahkan hasil.

Manakala Nor Aishah Yusof, 50 dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Menanti, Muar yang menyertai kategori Pintu Gerbang merakamkan setinggi penghargaan kepada Jabatan Penerangan kerana dengan penganjuran pertandingan ini secara tidak langsung dapat menyemarakkan lagi semangat patriotisme di kalangan masyarakat setempat tanpa mengira perbezaan kaum dan agama.

“Walaupun tidak berjaya, namun saya berpuas hati dapat menyertai pertandingan ini di mana semangat kerjasama perlu dipupuk untuk menghasilkan perpaduan yang tidak berbelah bahagi,” katanya.

Kesemua pemenang bagi setiap kategori telah menerima plak, sijil dan wang tunai dan akan mewakili negeri Johor untuk mara ke peringkat kebangsaan.
-NI-

Tinggalkan komen anda