Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

30 Penerima Bantuan Miskin Bandar Terima Manfaat Program Rapat Rakyat

By 19 September 2019Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fasharina Kholil/Majlis Daerah Sik (Sik)

SIK, 18 Sep (Malaysiaaktif) – Seramai 30 orang penerima terdiri daripada warga emas serta ibu tunggal menerima manfaat menerusi sumbangan miskin bandar sempena Program Rapat Rakyat Daerah Sik 2019.

Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Kedah Tan Kok Yew, berkata selaras dengan penganjuran program ini yang bertujuan mendekatkan jabatan-jabatan kerajaan dengan rakyat agar segala hasrat kerajaan dapat disampaikan dengan lebih mudah dan efisien.

“Rapat Rakyat ini menjadi platform pendedahan berkaitan gaya hidup, kesihatan, aktiviti sukan, motivasi diri dan pengawalan ekonomi setempat dalam kalangan penduduk tempatan menerusi pelbagai program yang telah dijalankan.

“Ia turut memberi peluang kepada usahawan-usahawan muda dan tempatan dalam meningkatkan perkembangan perniagaan mereka. Selain itu, pemberian sumbangan miskin bandar ini juga bertepatan dengan hasrat kerajaan bagi membantu meningkatkan taraf hidup, sekaligus membasmi kemiskinan terutamanya di kawasan luar bandar,” jelasnya ketika berucap di Majlis Perasmian Program Rapat Rakyat Daerah Sik 2019 di Kompleks Sukan Perdana, di sini baru-baru ini.

Setiap penerima menerima bantuan berupa barangan keperluan harian seperti beras, gula, minyak masak dan lain-lain barangan.

-SH

Tinggalkan komen anda