Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Masyarakat Lebih Cakna Kebersihan Pantai

By 19 September 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/ foto:  Zamri Abd Razak/ Maherah Marina Mahusin (Kuala Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 19 Sep (Malaysiaaktif) – Tahap kesedaran masyarakat terhadap kebersihan dan kepentingan menjaga kebersihan semakin meningkat. Hal demikian terbukti apabila lebih 500 peserta menghadiri program ‘Jom Bersih Pantai’ anjuran Kerajaan Negeri Terengganu bersama Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu yang diadakan di sekitar Pantai Batu Buruk, Terengganu, baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ariffin Deraman berkata masyarakat di negeri ini dilihat semakin mengambil berat akan kebersihan kerana program gotong-royong membersihkan pantai itu mendapat sambutan yang baik dan berjaya menarik komuniti setempat termasuklah beberapa agensi dan jabatan kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ariffin Deraman turut serta dalam aktiviti membersihkan pantai

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ariffin Deraman turut serta dalam aktiviti membersihkan pantai

Katanya, “Terengganu antara negeri yang banyak memberikan peruntukan untuk menjaga kebersihan negeri khususnya di tapak-tapak pelancongan yang menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara. Program membersihkan pantai-pantai di sekitar negeri ini sering diadakan dalam usaha mendidik masyarakat untuk lebih cakna akan kebersihan dan keceriaan pantai.”

Sementara itu, bagi Ikon Pelancongan Negeri Terengganu, Mat Dan yang turut serta dalam program gotong-royong tersebut mengajak masyarakat untuk lebih peka dengan kebersihan dan membuang sampah ke tempat sepatutnya yang telah disediakan pihak berwajib.

Sebahagian peserta program 'Jom Bersih Pantai' di Pantai Batu Buruk

Sebahagian peserta program ‘Jom Bersih Pantai’ di Pantai Batu Buruk

“Saya sedih dan sakit hati apabila melihat segelintir masyarakat kita yang datang beriadah di sekitar pantai membuang sampah sesuka hati sedangkan tempat membuang sampah telah disediakan oleh pihak berkenaan dan membuang sampah ke tempat yang sepatutnya bukanlah sesuatu yang susah untuk dilakukan.”

“Namun sejak akhir-akhir ini, saya dapat lihat perbezaannya berbanding sebelum ini. Sampah sarap semakin kurang dan kesedaran masyarakat dalam aspek kebersihan semakin meningkat,” ujarnya lagi.

Menurut Wan Mukhtar Wan Kadir, 61, salah seorang peserta program, “Semua pihak perlu memainkan peranan dalam menjaga kebersihan tidak kiralah di mana sekalipun kerana mengekalkan kebersihan itu amatlah dituntut dalam agama dan menjaga kebersihan itu adalah ciri-ciri orang yang beriman.”

Wan Mukhtar Wan Kadir, 61, peserta program 'Jom Bersih Pantai'

Wan Mukhtar Wan Kadir, 61, peserta program ‘Jom Bersih Pantai’

Turut hadir pada program tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Karnival Pantai Terengganu, Sulaiman Sulong dan Pengarah Pelancongan Negeri, Abd Rashid Jusoh.

-II-

Tinggalkan komen anda