Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanMASabah

337 Peserta Dijangka Hadir Konvensyen Talasemia Kali Pertama 14 September

By 13 September 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Juslie Bacle/ Ahmad Sarujin Seting (Kota Kinabalu)Β 

KOTA KINABALU, 13 Sept (Malaysiaaktif) – Seramai 337 peserta dijangka menghadiri Konvensyen Talasemia Kali Pertama pada 14 hingga 15 September ini di Klagan Regency Hotel.

Menurut Presiden Persekutuan Pertubuhan Talasemia Malaysia, Khoo Swee Hong, peserta yang menghadiri persidangan tersebut terdiri daripada pesakit, ibubapa, penjaga Talasemia, jururawat dan doktor.

“Selain itu, persidangan juga terbuka kepada penyertaan dari luar negara di Indonesia, Filipina, Singapura dan Brunei telah memberikan makluman kehadiran.

Khoo ketika ditemui media

Khoo ketika ditemui media

“Kita mengambil inisiatif ini untuk memberi peluang dan pendedahan kepada semua peserta untuk menimba ilmu dan mengetahui rawatan terbaik yang perlu ada untuk pesakit Talasemia.

“Saya berharap pertemuan seumpama ini akan memberi manfaat kepada setiap peserta yang hadir,” katanya selepas mesyuarat jawatankuasa pelaksana program tersebut di sini, pada Rabu.

Tambah beliau, majlis tersebut akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Dr Lee Boon Chye.

Hadri sama, Presiden Persatuan Talasemia Sabah, Francis Mujim.

ER

Tinggalkan komen anda