Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanMASabah

Pupuk Patriotisme, Jati Diri Generasi Muda

By 13 September 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nazri Ramshah Abdul Basah/ Mastim Kiriman (Kota Kinabalu) 

KOTA KINABALU, 13 Sept (Malaysiaaktif) – Semangat patriotisme dan jati diri perlu dipupuk dalam diri generasi muda bagi melahirkan individu yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.  

Pengarah Penerangan Sabah, Norzawiyah Bulka berkata peranan generasi muda amat penting memandangkan mereka adalah generasi pelapis bagi meneruskan wawasan Malaysia.

Yunus ketika menyampaikan ucapan perasmian.

Yunus ketika menyampaikan ucapan perasmian.

“Aktiviti sambutan Hari Kebangsaan yang dijalankan di sekolah amat penting bagi memperingati detik bersejarah negara kita yang bebas dari belenggu penjajah.  

“Di samping itu, ia juga menawarkan ruang kepada para pelajar untuk melibatkan diri mereka secara menyeluruh sekaligus menyerlahkan kreativiti dan inovatif diri mereka sebagai generasi muda yang berjati diri.

“Sehubungan itu, lahirlah rasa kekitaan, semangat kerja sepasukan, integriti dan seterusnya mengeratkan perpaduan kaum,” katanya. 

Teks ucapan beliau disampaikan Timbalan Pengarah Penerangan Sabah, Yunus Saprin dalam Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan peringkat sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kolombong, pada Khamis.   

Rusly (kiri) menyampaikan cenderakenangan kepada Yunus (dua dari kanan).

Rusly (kiri) menyampaikan cenderakenangan kepada Yunus (dua dari kanan).

Pelbagai aktiviti diadakan oleh SMK Kolombong bagi memeriahkan sambutan seperti Persembahan Merdeka Voice, Pertandingan deklamasi sajak serta pertandingan senamrobik merdeka.

Turut hadir, Timbalan Kanan Pentadbiran SMK Kolombong, Rusly Masalin; Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Norzalizan Bahari; Penolong Kanan Ko-Kurikulum, Musah Diman; Penolong Kanan Petang, Nasir Abdullah serta Timbalan YDP PIBG SMK Kolombong Kevin Leong.

ER

Tinggalkan komen anda