Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanMASabah

22 Penggiat Media Sosial Teroka Pantai Timur Sabah

By 13 September 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Asmidar Zainol/ Marusin Minuddin (Kota Kinabalu) 

 

LAHAD DATU, 13 Sept (Malaysiaaktif) – Seramai 22 penggiat media sosial dari semenanjung Malaysia dibawa meneroka kawasan pelancongan di sekitar Tawau, Lahad Datu dan Sandakan selama lima hari bermula Rabu.

Para peserta mendengar taklimat daripada salah seorang pemandu pelancong.

Para peserta mendengar taklimat daripada salah seorang pemandu pelancong.

Pegawai Pelancongan Tourism Malaysia (TM), Syafikh Errsyam berkata, penganjuran program berkenaan adalah bersempena dengan Pesta Makanan & Pertanian Sandakan 2019 yang akan berlangsung pada 13 September di Bandar Kim Fung.

“Antara objektif penganjuran program ini adalah untuk memperkenalkan produk-produk pelancongan yang terdapat di pantai timur Sabah dalam usaha mempromosikan destinasi pelancongan di negeri ini sempena dengan kempen Melawat Malaysia 2020 (VM2020).

Para peserta turut tidak melepaskan peluang melihat Si Putung, badak sumbu sumatera yang telah diawet.

Para peserta turut tidak melepaskan peluang melihat Si Putung, badak sumbu sumatera yang telah diawet.

“Sepanjang program ini, para peserta berpeluang menyusuri Sungai Kinabatangan; melawat lumpur gunung berapi Lipad; mengunjungi tempat bersejarah seperti Rumah Agnes Keith, Gereja St. Micheal, Tokong Buddha Puu Jih Shih, Taman Peringatan Sandakan dan Muzium Warisan Sandakan.

“Selain itu, mereka juga dibawa mengunjungi Perkampungan Air Sim Sim, melawat Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok, Pusat Konservasi Beruang Matahari Borneo dan Pusat Penemuan Hutan Hujan,” ujarnya.

Para peserta bersiap sedia mengikuti aktiviti meneroka hutan di sekitar resort berkenaan.

Para peserta bersiap sedia mengikuti aktiviti meneroka hutan di sekitar resort berkenaan.

Tambah Syafikh, penganjuran program seumpamanya dapat mengeratkan jalinan kerjasama antara penggiat media sosial dengan sektor kerajaan dan swasta yang berkaitan dengan industri pelancongan di sini.

“Para peserta akan berkongsi pengalaman dan gambar-gambar sepanjang program berlangsung dan kita jangkakan sebanyak  80 hingga 100 perkongsian mengenai Sabah akan disiar dalam laman sosial media seperti Facebook, Instagram,YouTube, Twitter dan blog.

Ceria... Para peserta menunjukkan sijil yang menggunakan cap tangan lumpur volkano.

Ceria… Para peserta menunjukkan sijil yang menggunakan cap tangan lumpur volkano.

“Kami berharap perkongsian para peserta di laman sosial mereka akan mendapat jangkauan di antara 5 juta hingga 6 juta pembaca.

“Ini secara tidak langsung akan membantu mempromosi dan menimbulkan minat dalam kalangan pembaca untuk melawat “Negeri Di Bawah Bayu’,” jelasnya.

Pegawai Pelancongan Tourism Malaysia (TM), Syafikh Errsyam memberi taklimat kepada peserta.

Pegawai Pelancongan Tourism Malaysia (TM), Syafikh Errsyam memberi taklimat kepada peserta.

Orang ramai yang ingin melihat perkongsian pengalaman mereka boleh mengikutinya melalui tanda pagar #TourismMalaysia, #MalaysiaTrulyAsia, #CutiCutiMalaysia, #VM2020 #GoSabahExperienceMore #SabahOkBah #SyiokOSabah #MalaysianHospitality dan #MasWingsMates.

Syafikh ditemui selepas majlis penutup lawatan di Tabin Wildlife Resort pada Khamis.

Mengabadikan kenangan di kawasan lumpur volkano.

Mengabadikan kenangan di kawasan lumpur volkano.

Program lawatan tersebut mendapat kerjasama dan sokongan daripada Malaysia Airlines, MASwings, Sabah Tourism Board, Sandakan Tourist Association, Myne Resort Kinabatangan dan Tabin Wildlife Resort.

ER

Tinggalkan komen anda