Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Anak Muda Perlu Keluar Kembangkan Bakat

By 21 September 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar/Muhamad Nawawi Kasa (Kedah)

PENDANG, 21 Sep (Malaysiaaktif) – Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar menggesa anak-anak muda untuk keluar bandar-bandar besar dalam mengembangkan bakat dan pengalaman dalam bidang pekerjaan.

“Jika hendak berjaya anak muda perlu keluar dari kampung bagi mencari pengalaman dan kerja supaya lebih berjaya, pelbagai peluang telah diberikan oleh kerajaan cuma anak muda perlu kreatif dan bijak bagi merebut peluang yang ada,” katanya ketika merasmikan Program Sepakat Malaysiaku Harapanku di Dewan Cenderawasih, di sini.

Menurut salah seorang pengunjung program, Asnida Samsudin, 46, program seperti ini bermanfaat dalam membantu anak-anak muda dalam mencari pekerjaan.

“Pada masa yang sama dengan adanya pameran daripada agensi kerajaan sedikit sebanyak membantu golongan remaja kita untuk mengetahui perkhidmatan daripada setiap agensi,” ujar pegawai dari Pejabat Kemajuan Masyarakat Daerah Pendang ini.

Dalam karnival tersebut turut diadakan Pertandingan Membuat Bubur Asyura Perdana dengan sebanyak 80 kawah bubur asyura dipertandingkan.

Juara dimenangi oleh Desa Lestari Kampung Keda Asam Jawa dengan membawa pulang sebanyak RM1000 manakala tempat kedua Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah yang juga merupakan Ahli Kelab Malaysiaku bagi Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kedah dan Kawasan Rukun Tetanga Kubang Jelai (KRT).

-SH

Tinggalkan komen anda