Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Khazanah Melayu Kembalikan Zaman Kesultanan Melayu Melaka

By 21 September 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/ foto: Muhammad Fandy Azam (Melaka Tengah)

MELAKA, 21 Sep (Malaysiaaktif) – Persembahan Sketsa Pelajar SMK Munshi Abdullah telah menarik minat serta menjadi tarikan utama para pelajar di dalam Program Merdeka @ Komuniti dan Wacana Kemerdekaan Kelab Malaysiaku Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)  Munshi Abdullah bersempena Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan Peringkat Sekolah di sini.

Persembahan sketsa.

Persembahan sketsa.

Majlis yang telah dirasmikan oleh Pegawai Penerangan Daerah Melaka Tengah, Mohd Noor Samion ini telah menghimpunkan seramai 50 orang pelajar daripada kalangan ahli Kelab Malaysiaku bagi mempersembahkan sebuah sketsa mengenai zaman Kesultanan Melayu Melaka dalam mempertahankan sesebuah negara.

Guru Penyelaras Kelab Malaysiaku, Siti Noor Razula ketika ditemui berkata idea mengenai persembahan ini adalah gabungan bersama Kelab Panitia Sejarah SMK Munshi Abdullah dalam memberikan tunjuk ajar dan cara menghasilkan satu lakonan yang berkesan yang mampu menarik perhatian tetamu jemputan mahupun para pelajar.

Mohd Noor Samion (tengah) bersama para pelajar.

Mohd Noor Samion (tengah) bersama para pelajar.

“Tema Khazanah Melayu diangkat sebagai tajuk utama persembahan bagi mengembalikan semula zaman Kesultanan Melayu Melaka di samping memberi gambaran kepada para pelajar mengenai institusi diraja pada zaman dahulu,” katanya.

Pengetua SMK Munshi Abdullah, Yusof Othman turut bersetuju bahawa pihak sekolah tiada halangan dalam meletakkan sebarang syarat bagi para pelajar mengembangkan bakat dalam apa sahaja bidang dalam peringkat sekolah mahupun luar sekolah.

“Terima kasih kepada semua yang terlibat terutama para guru sekolah dalam menjayakan sebuah persembahan yang mampu memberikan pengajaran dan  pengetahuan terutamanya para pelajar sekolah ini,” ujarnya.

Majlis ini turut mengadakan ceramah kenegaraan dan  penyampaian hadiah berkonsepkan Bulan Kebangsaan kepada para pelajar.

-KN

Tinggalkan komen anda