Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Beca Elektrik Tidak Ketinggalan Meriahkan Mini Perarakan Hari Kebangsaan

By 10 September 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Ros Naini Arshad/ Zamri Abd Razak (Kuala Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 10 Sep (Malaysiaaktif) – Umum mengetahui sambutan Bulan Kebangsaan telah bermula seawal bulan Ogos dan akan berakhir pada 16 September yang merupakan Hari Malaysia. Sambutan ini memberi makna yang amat mendalam kepada semua rakyat Malaysia khususnya.

Pelbagai acara diatur bagi memahat kenangan dalam dua bulan tersebut pada tarikh-tarikh tertentu bagi menunjukkan rasa cinta kepada tanah air yang satu ini. Sehubungan dengan itu, para belia di Kampung Kolam Nesan 4, Kuala Terengganu memeterikan kenangan manis tersebut dengan mini perarakan kayuhan beca elektrik di sekitar kampung mereka.

Kayuhan ini melibatkan jarak sejauh dua kilometer, melibatkan seramai lima puluh peserta diiringi dengan lagu-lagu patriotik khususnya lagu Jalur Gemilang. Perasmian program ini telah disempurnakan oleh Pegawai Penerangan Daerah Kuala Terengganu, Ros Naini Arshad. Perarakan mini Hari Kebangsaan ini bermula pada jam 9.30 pagi dan semua peserta selamat tiba di lokasi penamat pada jam 10.30 pagi.

Flag-off perarakan kayuhan merdeka disempurnakan oleh Pn. Ros Naini Arshad, Pegawai Penerangan Daerah Kuala Terengganu

Flag-off perarakan kayuhan merdeka disempurnakan oleh Pn. Ros Naini Arshad, Pegawai Penerangan Daerah Kuala Terengganu

Peserta program singgah bergambar di Dataran Syahbandar

Peserta program singgah bergambar di Dataran Syahbandar

Pengerusi Jawatan Kuasa program Haji Abdullah Mohd Noor berkata, pengisian program ini bertepatan dengan tema Hari Kebangsaan iaitu ‘Sayangi Malaysiaku Malaysia Bersih’. Pengisian program ini menekankan kepentingan perpaduan serta semangat cintakan negara demi kesejahteraan dan kemakmuran bersama.

“Selain perarakan, kita juga adakan slot ziarah kasih. Slot ini bertujuan membantu golongan yang kurang berkemampuan demi kesejahteraan bersama. Pengisian program ini juga bertujuan menyemai rasa kasih sayang dan prihatin kepada mereka yang kurang berkemampuan.”

Bersama penerima sumbangan dalam slot ziarah kasih

Bersama penerima sumbangan dalam slot ziarah kasih

“Perkara ini amat penting dalam memupuk semangat cintakan negara melalui nilai-nilai terpuji terutamanya dalam kalangan para belia yang bakal menerajui kepimpinan negara kelak” ujarnya mengakhiri perbualan.

-II-

Tinggalkan komen anda