Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Potret Inspirasi Luah Rasa Cinta

By 10 September 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/ foto : Rusmiza Anuar (Dungun)

DUNGUN, 10 Sep (Malaysiaaktif) – 100 pelajar Sekolah Menegah Kebangsaan (SMK) Seri Dungun meluahkan rasa cinta pada negara dengan menyertai pertandingan melukis potret Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Pertandingan melukis potret inspirasi ini merupakan pengisian sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2019 Peringkat SMK Seri Dungun.

Pemilihan potret tokoh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sangat tepat kerana beliau merupakan tokoh pemimpin yang mencipta sejarah tersendiri apabila kembali dilantik menjadi Perdana Menteri kali kedua seterusnya menyaksikan perubahan besar dalam tampuk pemerintahan negara terutamanya dalam konteks pembangunan dan sosial ekonomi negara.

Menurut guru Pendidikan Seni Visual SMK Seri Dungun, Wan Mazrina Wan Mokhtar, 41 bertepatan dengan tema sambutan Hari Kebangsaan 2019, ‘Sayangi MalaysiaKu Malaysia Bersih’ kami zahirkan dengan penyertaan yang menyeluruh daripada warga sekolah terutamanya dalam menceriakan kawasan sekolah dengan kibaran Jalur gemilang.

“Selain pertandingan potret inspirasi, kawasan sekolah juga diceriakan dengan Jalur Gemilang yang diolah daripada barang-barang terpakai dan terbuang seperti kulit kerang, botol, tempurung, perabot dan tayar lama. Potret serta lukisan arca-arca yang melambangkan patriotisme juga diabadikan di sudut-sudut yang terpilih.”

Guru Pendidikan Seni Visual SMK Seri Dungun, Wan Mazrina Wan Mokhtar, 41 menunjukkan teknik melukis kepada para pelajar

Guru Pendidikan Seni Visual SMK Seri Dungun, Wan Mazrina Wan Mokhtar, 41 menunjukkan teknik melukis kepada para pelajar

“Secara simboliknya, kita mendidik pelajar-pelajar disini untuk menghargai tanah air tercinta dan turut menghargai alam dengan menjaga persekitaran dalam menzahirkan ‘Malaysia Bersih” katanya lagi.”

Izzat Zikri Zulkhanain, 16, meluahkan rasa seronok dan teruja apabila menyertai pertandingan melukis potret Perdana Menteri.

Wan Ahmad Fuad Wan Zaid,16 antara pelajar yang berbakat dalam kemahiran melukis  menunjukkan hasil lakaran wajah Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad

Wan Ahmad Fuad Wan Zaid,16 antara pelajar yang berbakat dalam kemahiran melukis menunjukkan hasil lakaran wajah Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad

“Perdana Menteri merupakan insan yang saya kagumi. Berpeluang melakar wajah beliau adalah sesuatu yang membuatkan saya teruja. Sasaran wawasan baharu yang diperkenalkan oleh Tun M mampu menjadikan Malaysia negara maju dan mengangkat negara ini di persada dunia.” ulasnya.

Seorang lagi pelajar, Nur Ain Shaharuddin, 16, pula memberitahu penglibatan dalam keceriaan di sekolah memberikan satu kepuasan yang tersendiri buatnya dan berharap acara itu diteruskan pada masa akan datang.

“Sebenarnya pertandingan ini merupakan satu cabaran buat saya apabila perlu melukis wajah Perdana Menteri. Namun dalam masa yang sama, saya berasa puas kerana dapat menyumbangkan keringat saya dalam penglibatan program keceriaan sekolah pada tahun ini,” katanya mengakhiri perbualan.

-II-

Tinggalkan komen anda